Rumah Terbengkalai : MB Azmin "Berdosa Besar" Kepada 20,640 Pembeli
Bayangkan bagaimana pembeli rumah tersebut terpaksa menanggung beban kerana menunggu lama dan pada masa yang sama mereka terpaksa membuat bayaran faedah kepada pihak bank untuk rumah yang tidak dibina.
Malah ada sesetengah pembeli menunggu lama sehingga sudah meninggal dunia.
Dengan pendedahan itu, timbul persoalan, kemanakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan apa peranan beliau untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Boleh dikatakan, jika kita membaca laporan media, masalah rumah terbengkalai ini sering diperkatakan dengan pembeli membuat rayuan kepada pihak terbabit untuk turun padang. Sebagai Menteri Besar, Azmin perlu masuk campur untuk menyelesaikan masalah penduduknya.
Namun jika projek perumahan itu terbengkalai sejak 2009, bukankah sepatutnya ia diselesaikan ketika ini? Kerajaan negeri sepatutnya membantu pembeli dengan memulihkan projek perumahan ini.
Jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara berkaitan projek perumahan di Selangor, sudah pasti ia juga di bawah pengetahuan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar melalui Exconya.
Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh mana kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan adakah Azmin sebagai Menteri Besar proaktif dalam mencari penyelesaiannya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB301, Jumaat
24 Februari 2017
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.