RCI Bakal Ubah Pandangan Rakyat Terhadap Mahathir
Malah penulis terkenal Raja Petra Kamarudin di portal Malaysia Today telah mendedahkan bahawa pihak Mahathir telah menghubungi Tengku Adnan berkenaan urusan ini.
Ini jelas menampakkan ada sesuatu yang rakyat tidak tahu selama berpuluh tahun hal ehwal wang negara telah dipergunakan untuk tujuan tidak baik.
Setelah skandal BMF muncul , kini desakan supaya dibuka semula kes kehilangan wang rakyat pada dagangan wang FOREX juga dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
Selama isu FOREX, yang tidak berapa diketahui oleh rakyat kerana media sehala yang wujud pada zaman itu tidak mengizinkan rakyat berbual sesama sendiri seperti dalam media sosial, maka mereka tidak dapat menjadi juri, hakim, saksi dan pendakwa raya seperti isu 1MDB.
Berbeza dengan isu 1MDB di mana penyapu jalan, mat rempit dan pemandu teksi juga dapat menjadikan diri mereka sebagai hakim mahkamah tinggi, pendakwaraya . dan juga saksi walaupun dengan pengetahuan yang sedikit serta maklumat serong.
Maka layak sungguh jika skandal mega FOREX dibuka semula untuk siasatan memandangkan terdapat terlalu banyak keraguan. Jumlah kerugian juga berbeza dari orang berbeza yang sama-sama terbabit dalam hal kehilangan wang rakyat itu.
Maka dalam satu kes pun jumlah rasminya berbeza, maka tentu ada yang tidak kena.
Jika rakyat prihatin kepada isu derma RM2.6 billion, maka mereka yang dikategorikan sebagai gila sahaja tidak berminat untuk mengetahui apa terjadi pada skandal kehilangan wang rakyat melalui Bank Negara Malaysia.
Keperluan untuk membuka kes itu bukan dikira sama ada ia lama atau baru, ia adalah berkaitan wang rakyat.
Sangat tidak adil jika kakitangan kerajaan dipenjarakan kerana menipu tuntutan sejumlah RM2,000 sedangkan pihak yang melesapkan wang berpuluh bilion lepas begitu sahaja.
Itu pun masih diragui sama ada wang sebenar adalah “kerugian” atau pun “kecurian”?
Atau kedua nya sekali, sambil ada kerugian , maka ada juga kecurian kerana jumlahnya tidak “tally”.
Jika dirujuk kepada bekas Gabenor iaitu Datuk Jafar Hussien, ia berjumlah RM 5.7 bilion, tetapi jika dirujuk pada bekas timbalan gabenor, Datuk Murad, ianya RM44 bilion.
Disebabkan perbezaan itulah maka siasatan harus dibuat untuk menentukan berapa sebenarnya kerugian dan berapa sebenarnya kecurian.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya pada beberapa hari lalu ada menyatakan kerajaan akan berbincang untuk menentukan sama ada kes akan dibuka atau pun tidak pada pembentangan mesyuarat Kabinet akan datang.
Apa yang menarik, individu paling menjadi perhatian adalah Mahathir.
Selama ini beliau “enjoy” dengan watak sucinya dan sering terlepas dengan pelbagai skandal tetapi kali ini dipercayai Mahathir berada dalam bahaya kerana catatan di dalam blognya juga boleh digunakan ketika siasatan dan jika didapati jawapan ketika inkuari terdapat perbezaan tentu sekali beliau boleh dikira sebagai berbohong.
Jika RCI ini dapat berlangsung ramai juga watak “mangsa” yang terpaksa menerima hukuman akan tampil untuk memberitahu hal sebenar tanpa tekanan kerana siasatan ini bukan datang dari kerajaan yang mereka takuti iaitu kerajaan Mahathir tetapi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Hal ini merujuk kepada kedua-dua skandal, iaitu BMF dan juga FOREX. Ramai juga mengetahui mereka yang dipenjarakan dalam kes BMF sebenarnya terpaksa mengaku dan menerima hukuman bagi pihak lain.
Dan pada pengakuan kes FOREX yang dibuat oleh Datuk Jaafar Hussin sebagai Gabenor Bank Negara, di mana arwah mengaku kesilapan dan meletak jawatan, menantunya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed telah membuat kenyataan bahawa bapa mentuanya adalah “fall guy” yang terpaksa mengaku silap bagi pihak lain.
Maka ini tentu menjadikan kedua kes sama ada BMF atau pun FOREX bertambah menarik.
Apa yang pasti apabila inkuari bermula tentu rakyat yang sentiasa `perasan' mereka bijak akan dapat menilai sendiri apa sebenarnya terjadi.
Dan pada masa yang sama dapat melihat betapa watak `Mahathir' dan Daim' memainkan peranan mereka di belakang tabir dengan mengunakan pihak lain.
Ia satu `trademark' kerajaan Mahathir bagi mereka yang arif perlaku Mahathir, sekaligus pandangan mereka terhadap Mahathir akan berubah. Jika mereka tetap sokong pun mereka akan sokong dalam keadaan serba salah.
Tulisan:
Beruang Biru
BB276, Jumaat
10 Februari 2017
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.