Memasuki hari kelima tempoh kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, rata-rata penduduk yang ditemui menzahirkan keinginan mereka untuk mengecapi kemajuan berterusan seperti yang dijanjikan oleh bekas ADUN Tanjung Datu, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.
Majoriti penduduk yang ditemui memberitahu, pencalonan isteri Allahyarham, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu pada pilihan raya kecil ini menampakkan kesungguhan kerajaan negeri untuk meneruskan kesinambungan usaha yang dilakukan oleh Allahyarham dalam memajukan Tanjung Datu.
Mereka cukup yakin bahawa hanya Barisan Nasional sahajalah yang mampu membawa pembangunan dan membela penduduk setempat tanpa mengira agama, kaum dan juga etnik,
Berlainan pula dengan pembangkang yang hanya membawa isu sampingan yang bukan menjadi keutamaan penduduk di sini.
Benar, isu tanah adat (NCR) seringkali menghantui hampir kesemua calon BN setiap kali tiba musim pilihan raya di Sarawak.
Namun harus diingat, Allahyarham pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Komitmen yang sama telah diulangi oleh Pengarah Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu sidang media khasnya kelmarin.
Tidak ketinggalan juga, menerusi satu kenyataan dari Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg, beliau turut menyatakan komitmen yang sama kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tuntutan NCR ini secepat mungkin.
Oleh yang demikian, tidak timbul cakap-cakap kosong yang mendakwa, kerajaan negeri tidak memberi perhatian khusus tentang isu ini seperti yang didakwa oleh kedua-dua calon pembangkang sepanjang kempen mereka di DUN ini.
Apa yang pasti, tanpa mengira apa jua kaum dan etnik, agenda utama mereka adalah pembangunan berterusan yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri.
Bagi mereka, tanpa pembangunan yang tersusun dan berterusan, ianya bakal menjadikan DUN ini terus ketinggalan dalam segenap aspek disaat Sarawak sedang berusaha menjadi negeri maju pada tahun 2030.
Utamakan pembangunan untuk Tanjong Datu dan jangan mudah terpedaya dengan agenda sampingan pembangkang.
Tulisan :
Beruang Biru
BB273, Rabu
8 Februari 2017
Post a Comment