Sejak 1 Disember 2014, Malaysia telah menyertai negara lain di dunia dengan melaksanakan sistem apungan terkawal bagi menentukan kenaikan atau penurunan harga petrol.
Jadi adalah tidak masuk akal apabila pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan apabila harga petrol meningkat kerana harga bahan bakar itu ditentukan mengikut pasaran global.
Pembangkang menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai satu `mainan' dan peluang untuk memanipulasi rakyat kononnya jika rakyat memilih pembangkang, harga petrol tidak akan naik.
Di Malaysia, penurunan atau kenaikan harga petrol akan diumumkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan ia bukannya sesuatu yang menghairankan pun kerana pengumuman itu dibuat berdasarkan kepada pengiraan mereka.
PDAM akan menentukan bila harga sepatutnya naik atau turun dan persatuan itu juga akan memaklumkan kepada pengusaha stesen minyak di negara ini mengenai sebarang perubahan harga.
Semua rakyat boleh melihat bagaimana cara pengiraan itu berasaskan kepada sistem harga Singapore Means of Platts, MOPS. Bukan berdasar kepada harga minyak mentah dunia.
Jadi percayakan anda dengan putar belit pembangkang itu? Mereka mengaitkan dengan kenaikan harga barang tetapi semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah Malaysia selama 22 tahun, adakah harga barang turun?
Samalah jika Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim hatta Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerintah Malaysia sekalipun, memang mereka tidak akan dapat menurunkan harga barang.
Harga barang turun bila negeri Selangor dan Penang ditadbir oleh pembangkang? Tidak juga. Tol 50 sen pun tidak dimansuh, malah 20 sen duit rakyat lagi diminta untuk beg plastik.
Jadi janganlah terlalu mengharap akan berlaku `
"magic" jika mereka ini memerintah Malaysia. Cakap dan berjanji bukan main, bila berkuasa entah entah lebih teruk lagi.
Dah lupa ugutan Tony Pua dan DAP hendak buang sejuta kakitangan awam jika memerintah Putrajaya?
Mungkin pembangkang akan mengulangi janji-janji manis yang pernah dimainkan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini iaitu akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam jika pembangkang merampas Putrajaya?
Almaklumlah dalam keadaan sekarang di mana serangan demi serangan yang dimainkan sudah `ditumpulkan' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jadi mungkin janji manis berkenaan akan dikitar semula.
Dan apabila kita bercakap mengenai pembangkang juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, pernah membidas pembangkang yang hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Dalam ucapannya di persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman pada 21 Mei 2011, Muhyiddin pernah berkata, pembangkang tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.
"Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat,'' katanya ketika itu.
Mungkin disebabkan Muhyiddin memahami mengenai rasional kenaikan harga minyak ini, maka beliau tidak banyak bercakap mengenainya walaupun sudah berada di kem pembangkang.
Hanya beberapa pemimpin pembangkang yang tidak faham akan membuat tuduhan melulu.
Tidak perlu tunggu jadi kerajaan di Putrajaya pun geng parti bunga dah boleh turunkan harga minyak. Stesyen minyak Petron adalah milik anak Mahathir, Pengerusi Parti bunga.
Turunkanlah RON95 itu jadi RM1.00, mahukah begitu? Ramai rakyat tidak tahu minyak paling mahal hanya dijual di stesyen minyak milik anak Mahathir.
Satu liter RM3.05. Tidak percaya cuba pergi Petron. Siapa yang tentukan harga RM3.05 itu? Tanya Mahathir lah.
Tulisan :
Beruang Biru
BB261, Khamis
2 Februari 2017
Post a Comment