#PRKTjgDatu : Tok Milah Terus Dapat Sokongan Dari BN Pusat

Sebelum tiba Hari Penamaan Calon di DUN N03 Tanjung Datu, antara perkara yang hangat di perkatakan adalah, pemilihan Tok Milah berdasarkan kepada status beliau selaku isteri kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan bukannya pilihan utama penduduk di DUN ini.

Hari ini, sudah memasuki hari kesebelas kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, nyata pilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan negeri, ada asasnya. Tok Milah sememangnya menjadi pilihan penduduk di DUN ini memandangkan beliau merupakan orang yang paling dekat dengan para pengundi di sini.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan banyak pemimpin BN pusat mahupun negeri yang menegaskan, pemilihan Datuk Amar Hajah Jamilah Anu dilakukan secara merit setelah mendapat maklum balas dari penduduk Tanjong Datu.

Ramai yang menganggap, kredibiliti beliau yang begitu cenderung kepada kebajikan masyarakat setempat menjadikan Tok Milah sebagai calon yang paling dekat di hati rakyat.

Berbanding dua orang calon pembangkang yang majoriti penduduk di sini menganggap sebagai orang luar yang tidak tahu menahu tentang masalah setempat mahupun pengundi di sini.

Lebih memburukkan keadaan, kedua-dua mereka gagal untuk menonjolkan diri kepada masyarakat di Tanjong Datu dan mengakibatkan, ramai yang tidak kenal dan tahu apa yang ingin diperjuangkan oleh dua calon pembangkang berkenaan.

Melihat kepada banyak kenyataan yang mengesahkan Tok Milah dipilih berdasarkan merit, kini dakwaan pembangkang terutamanya dua calon pesaing BN berkenaan yang mendakwa Tok Milah dipilih berdasarkan hubungannya dengan Allahyarham Tok Nan, jauh meleset sama sekali.

Tuduhan- tuduhan liar berkenaan sengaja diadakan bagi memberi persepsi buruk kepada BN di DUN Tanjung Datu yang dikenali sebagai kubu kuat BN sejak sekian lama.

Setelah tohmahan liar ini terjawab, sudah tiba masanya seluruh jentera BN di Tanjong Datu melipat gandakan usaha bagi memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tok Nan dapat diteruskan oleh balu beliau sendiri.

Undilah Tok Milah demi Tanjung Datu, Demi Sarawak.

Tulisan :
Beruang Biru
BB279, Isnin
13 Februari 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget