Datuk Seri Najib menyatakan UMNO akan terus beri harapan sebenar kepada rakyat bukannya seperti pembangkang yang hanya bermain "politic of fear" untuk menakut nakutkan rakyat .
Datuk Seri Najib bercakap demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Parit, di Dewan MRSM Parit pada jam 11.00 pagi, 29 Julai 2017.
"Terdapat dua dimensi - "the politic of fear" dan "the politic of hope". UMNO tidak main "the politic of fear", UMNO akan terus beri harapan pada rakyat" kata Datuk Seri Najib, Presiden UMNO.
Menurutnya lagi, orang yang main "politic of fear" ini adalah orang yang tiada kuasa sahaja. Mahu tumbangkan orang yang berkuasa. Mahu hancurkan harapan rakyat. Mahu rugikan rakyat. Kita akan bercelaru, tidak tentu hala jadinya dengan cara politik menakutkan orang.
UMNO akan terus beri pengharapan kepada rakyat. Selama 60 tahun memerintah, UMNO lah yang banyak membuat perubahan kepada rakyat bukannya pembangkang.
"Projek besar MRT, yang 51 kilometer, yang siap awal dari jadual dan di bawah bajet. Rakyat Malaysia yang buat. Inilah pencapaian yang kita patut banggakan bersama" kata Datuk Seri Najib.
Di samping itu, Datuk Seri Najib turut menyatakan kalau individu itu sudah keluar UMNO, keluarlah. Jangan lagi balik pada UMNO. Kita perlukan orang yang setia pada UMNO. Ucapan bersemangat Datuk Seri Najib itu disambut dengan tepukan gemuruh semua perwakilan UMNO yang berada dalam dewan.
"Kita keluarga UMNO, jangan kerana berbeza pendapat kita hancurkan parti kita. Kita tidak main "politic of fear". Kita beri harapan. Dalam realiti politik hari ini, sama ada pakatan "coaliton" yang dipimpin oleh UMNO atau "coalition" yang dipimpin oleh DAP"
"Ini pilihan yang ada. Namun, pilihan yang terbaik untuk orang Melayu dan negara kita adalah UMNO. Takkan parti bunga satu kerusi boleh tentukan kuasa. Takkan orang yang pencen tentukan kuasa. Tidak masuk akal.
Sudah berlaku di Perak, selama 11 bulan, bumi Perak ini ditadbir oleh DAP, lihatlah sendiri bagaimana DAP mentadbir?" kata Datuk Seri Najib.
Sebab itulah saya datang ke Parit ini, sebab Parit ini kubu kuat kita. Jangan "tumpo" kata orang Parit, Datuk Seri Najib berseloroh.
"Kena turun padang. Jangan baru dekat dekat baru nampak muka. Atasi masalah rakyat. Rakyat boleh nampak dari sekarang" kata Najib.
UMNO akan terus beri pengharapan baru kepada rakyat. Projek MRT itu permulaan sahaja, banyak lagi projek akan dibuat untuk rakyat.
"Kenapa buat projek mega ini? Ini soal teori ekonomi. Kenapa lambak peruntukan di Lembah Klang?. Bila kita buat projek di KL, ekonomi kita bertambah, hasil bertambah, maka akan bertambahlah peruntukan untuk luar bandar"
"Kalau hasil tidak bertambah, macam mana saya hendak pertimbangkan permohonan ketua bahagian tadi. Anak anak di Parit sudah sampai Paris. Di UK dan Amerika, jadi juruukur, arkitek dan jurutera"
"Takkan lah mereka ini hendak kerja di Bota Kiri dan Bota Kanan? Kena buat MRT, kalau ada projek MRT di Dubai dan Riyadh dapatlah sama orang Parit boleh kerja di sana. Kita tidak mahu jadi juara kampung sahaja. Biar orang Parit berjaya di Paris, bukan hanya di kampung Parit sahaja" kata Datuk Seri Najib.
Inilah adalah cara politik harapan yang sebenar kepada rakyat. Bukannya seperti pakatan pembangkang yang hanya memakai nama harapan tetapi janji janji pilihanraya lepas pun belum ditunaikan lagi.
Tulisan :
Beruang Biru
BB518, Sabtu
29 Julai 2017
Post a Comment