Gula-Gula : Rafizi Jangan Cuba Sembunyikan Hakikat Felda Dan Kerajaan Ada Duit


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah kering idea. Beliau hanya mampu menuduh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberi gula-gula kepada peneroka dan cuba mempersoalkan dari mana datangnya sumber wang itu.

Pelik betul Rafizi ni. Bila kerajaan melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada peneroka Felda, beliau sibuk pula mempertikaikannya.

Sedangkan enam insentif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 adalah bagi kepentingan peneroka sendiri.

Tapi malangnya, kerajaan dituduh mencuri duit.

Bukannya Rafizi dan pembangkang lain tidak tahu bahawa Felda sudah memulakan operasi dalam bidang perladangan sejak tahun 1956 dan mereka sudah berjaya menghadapi cabaran demi cabaran hingga ke tahap seperti hari ini.

Bukan itu sahaja, Rafizi meminta Perdana Menteri memperincikan sumber dana yang digunakan untuk melunaskan insentif berkenaan yang kesemua berjumlah kira-kira RM1.4 bilion.

Hasil dari pelaburan, perladangan dan perniagaan Felda sudah pasti ada sumber-sumber yang digunakan untuk memberikan insentif berkenaan kepada warga peneroka.

Rafizi ini sebenarnya suka mengambil kesempatan. Pantang ada perkara yang membawa manfaat kepada rakyat yang diumumkan kerajaan, maka di situlah Rafizi akan muncul.

Sebelum ini sibuk nak membuat pendedahan mengenai projek Transit Aliran Massa (MRT), tapi alih-alih diam macam tu sahaja.

Kini bila peneroka Felda gembira dan menyambut baik insentif yang diberikan oleh kerajaan, maka mulalah Rafizi buat `drama'.

Macam-macam dikatakannya, sedangkan beliau lupa kerajaan DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor sendiri dah tabur banyak `gula-gula' kepada penduduk, ketika pilihan raya umum semakin dekat.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pun mempersoalkan dari mana sumber yang negeri Selangor gunakan untuk membayar bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam negeri itu seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebelum Aidilfitri lepas.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda apatah lagi Felda sememangnya dekat di hati Najib. Justeru jika peneroka Felda mendapat banyak durian runtuh, maka tidak ada salahnya.

Apa pun, kenyataan Rafizi ini memperlihatkan sebenarnya beliau sudah bankrap isu untuk serang Felda. Bukan sahaja Felda, banyak serangan Rafizi hanya fitnah semata-mata. Cuba lihat Tabung Haji, Petronas dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dan cuba kira berapa banyak saman fitnah yang dihadapi beliau. Dari situ kita boleh menilai siapa beliau sebenarnya.

Tulisan :
Beruang Biru
Selasa, BB511
25 Julai 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget