Bila MRT Siap, Puak Pembangkang Mula Meroyan & Meracau Kerana Cemburu



Tiga empat hari ini, MRT atau Transit Aliran Massa (MRT) menjadi perkataan popular di kalangan rakyat. Ramai memuji usaha baik kerajaan BN ini, lebih lebih lagi bila ianya menjimatkan masa dan menyelesaikan masalah kesesakan rakyat untuk ke tempat kerja.

Dianggar dapat jimat sampai RM25 sehari. Jimat kos parking, minyak dan tol. Laluan yang dilalui MRT ini bermula di DUN yang diwakili oleh Presiden PKR dan berakhir di tempat "kediaman" Ketua Umum PKR di Sungai Buloh. Bila dikatakan MRT ini adalah Langkah Kajang yang sebenar, lagilah meroyan dan meracau pembangkang.

Pemimpin pembangkang cemburu dan irihati dengan kejayaan pembinaan MRT ini yang dibuat "below the budget" dan siap dua minggu awal dari jadual. Mulalah pembangkang berdengki dengan MRT menerusi komen tidak baik dan persepsi negatif.

Seperti biasa, tiada perkataan elok yang dikeluarkan, semuanya jelas menunjukkan keangkuhan dan sifat cemburu mereka.

Antaranya, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, yang memilih untuk menyalahkan UMNO dan menuduh UMNO merampas majlis pelancaran MRT. Nampak benar beliau tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri yang menerima pujian ramai di atas pembinaan MRT.

Apatah lagi pembangunan SBK itu merupakan cetusan idea Najib sendiri. Lagilah meroyan puak pembangkang apabila mendapati idea Najib berjaya dilaksanakan, sedangkan mereka masih terkial-kial memikirkan idea untuk menggulingkan Najib yang masih tidak berjaya sampai kini.

Selain Azmin, perangai Nurul Izzah juga "tidak boleh blah". Beliau dengan angkuhnya menyatakan Pakatan Harapan boleh menyedikan projek MRT yang lebih baik untuk rakyat.

Cara Nurul Izzah bercakap seperti beliau hidup di awang-awangan. Langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. Nurul Izzah sepatutnya melihat kepada kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum memberikan pandangan.

Di Selangor, cuba lihat kos mengecat pintu gerbang. Kosnya sahaja sudah bernilai RM9.8 juta, begitu juga dengan kos menggantikan sebuah kubah masjid yang menelan perbelanjaan RM32.4 juta serta pembinaan pejabat pentadbiran masjid yang sama sehingga mencecah RM33.3 juta. Bukankah ia menunjukkan ada unsur unsur penyelewengan?

Isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi PH hanya mendiamkan diri. Kosnya amat tinggi dan tidak munasabah. Baru baru ini, Azmin rasmikan "fly over" dekat I-City yang berharga RM10 juta untuk 1 kilometer sahaja. Munasabahkah?

Begitu juga di Pulau Pinang. Pembinaan lorong basikal yang dilaksanakan oleh DAP Pulau Pinang menelan perbelanjaan yang sangat besar iaitu sehingga RM30 juta. Sedangkan projek sama bagi pembinaan lorong berbasikal sepanjang 12.5 kilometer di Amerika Syarikat (AS) hanyalah RM6 juta sahaja.

Itu belum lagi bab projek Terowong Pulau Pinang menelan belanja US$162 juta bagi setiap km (mengikut kadar tukar matawang 2011) berbanding kos terowong Barcelona yang hanya berjumlah US$39 juta bagi setiap km. Mahal lagi terowong DAP, kenapa mahal sangat?

Tidak terkecuali adalah Rafizi Ramli yang terkenal dengan jolokan Ahli Parlimen yang suka "bergurau". Beliau kononnya akan membuat pendedahan terbaru mengenai MRT dan Prasarana yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tak habis-habis dengan 1MDB. Sudah terkantoi buat fitnah sebanyak 27 kali sudah. Kes mahkamah kerana memfitnah pun masih belum selesai. Jadi anggap sahajalah apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi adalah sampah belaka.

Kalau anda terlupa, elok diingatkan semula bagaimana kajian yang dijalankan oleh beliau mengenai MRT hanya syok sendiri apabila Rafizi membuat perbandingan antara projek MRT Laluan Seoul 9 dengan MRT1 laluan SBK.

Rafizi medakwa biarpun dibina di bawah tanah, laluan Seoul 9 itu 2.5 kali ganda lebih murah daripada projek MRT1 bagi laluan SBK.

Rafizi membuat kajian itu berdasarkan blog yang tidak sahih iaitu ‘Pedestrian Observation’. Kononnya minggu depan ada lagi pendedahan yang akan dilakukan Rafizi. Mari kita tunggu apa pula putar belit yang akan beliau sampaikan

Yang pasti, Rafizi akan berterusan mengelirukan rakyat dengan tuduhan palsunya dalam usahanya mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Hakikatnya walau apa jua yang diperkatakan oleh pembangkang sama ada baik atau buruk, realitinya kerajaan berjaya melaksanakan pembangunan dan projek untuk manfaat rakyat. 400,000 orang mendapat manfaat setiap hari dengan MRT.

MRT ini dilaksanakan ketika negara dikatakan akan bankrap oleh pembangkang. Kalau negara hendak bankrap, muflis dan gagal seperti yang dituduh oleh Mahathir dan Kit Siang, buat apa mereka merebut rebut hendak rampas dan tawan sebuah negara yang bankrap? Ini bukti tuduhan mereka karut.

MRT adalah buah tangan Datuk Seri Najib untuk rakyat. Lihatlah apa nasib yang berlaku pada semua projek tren di zaman Mahathir. Monorail KL muflis dan diselamatkan oleh Prasarana dengan harga RM882 juta pada 2007. Monorail KL kos awalnya dianggar RM143 juta tetapi bila sudah siap jadi RM1.18 billion. Terlebih 10 kali ganda

Laluan LRT Putra juga telah muflis dan diambi alih oleh Prasarana dengan kos antara RM4.5 billon hingga RM5.7 billion. Laluan LRT Star juga muflis dan diselamatkan Prasarana dengan kos RM3.3 juta. Bas Intrakota juga muflis dan diselamatkan dengan kos RM177 juta.

Berbeza dengan MRT yang jaraknya 51 km dan berjaya dijimatkan RM2 billion daripada kos asalnya RM23 billion. YB Norlela, ADUN PKR Penanti dan kawan baik Wan Azizah pun akui kos MRT ini lebih jimat berbanding kos LRT Komtar ke Bayan Lepas yang nilainya RM24 billion.

Jadi daripada meroyan dan cemburu pasal MRT ini, lebih baiklah pemimpin pembangkang seperti Azmin, Nurul Izzah dan Rafizi berterima kasih pada Datuk Seri Najib. Lebih baik Azmin tanya Guan Eng dan DAP di Penang, kenapa tidak buat MRT yang lebih murah seperti di Selangor?

Sebenarnya yang "hijacked" Langkah Kajang adalah Azmin. Potong "tang corner" jawatan MB dan ambil dari Wan Azizah. Nurul Izzah kalau hendak meroyan, lebih baik meroyan dengan Azmin dari meroyan pasal MRT yang merapatkan lagi hubungan mama dan papanya, dari Kajang ke Sungai Buloh.


Tulisan :
Beruang Biru
BB505, Rabu
19 Julai 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget