Dato Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak menyifatkan pembangkang menggunakan taktik menteri gerak saraf Hitler, iaitu Joseph Goebbels untuk menghasut rakyat.
Beliau berucap ketika memberi ucapan aluan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Dewan MRSM Parit, Perak pada 29 Julai 2017.
"Dulu pembangkang panggil dia Mahafiraun, sekarang orang itu sudah bersama mereka. Pada tahun 1941, Goebbels telah mencipta satu suasana, don't attack the people, attack the plutocracy" kata Zambry.
"Create fear, suspicious and horror" inilah cara yang digunakan oleh pemimpin Nazi di Jerman. Menurutnya, ia sama juga dengan apa yang pembangkang buat sekarang, mereka panggil kerajaan kita kleptorasi. Dulu Goebbels cipta ayat "plutocracy", kini ayat propaganda jahat itu diganti dengan nama "kleptocracy".
Biarpun Bank Dunia telah iktiraf ekonomi negara namun pembangkang mahu gunakan elemen "horror" ini bagi menakutkan nakutkan rakyat. Oleh itu, Dr Zambry mengajak semua ahli UMNO bersatu melawan propaganda hasutan cara Goebbels pembangkang ini.
Sambil memetik kata kata Pak Hamka, seperti berikut ;
"Jangan jadikan diri kita gunting, walaupun berjalan lurus tetapi ianya memisahkan yang satu menjadi dua.
Jadilah diri kita seperti jarum, walaupun jarum itu menekan dan menyakitkan, tetapi jarum itu menyatukan yang dua menjadi satu" kata Dr Zambry.
Datuk Seri Najib ketika ucapan perasmian mengulas lanjut apa yang disebut Dr Zambry mengenai taktik propaganda cara Hitler yang diamalkan pembangkang kini.
Menurut Datuk Seri Najib, Goebbels ini mengamalkan prinsip "the enemy of my enemy is my friend". Oleh itu, bila Hitler serang Soviet Union. Amerika dan Britain tidak suka Soviet, tetapi mereka bantu Soviet untuk mengalahkan Hitler.
"Bila selesai World War, mereka (Amerika dan Soviet Union) bergaduh. "Cuban Crisis, perang dingin dan sampailah ke hari ini, mereka tidak yakin antara satu sama lain.
Samalah jadi dengan pembangkang di Malaysia. Sesama mereka masih lagi sangsi antara satu sama lain. Bila reformasi dulu ditubuhkan untuk apa? Sebab hendak gulingkan orang yang sudah 22 tahun jadi Perdana Menteri.
Reformasi mahu gulingkan orang yang digelar Mahafiruan, nepotisme, diktator dan salah guna kuasa. Sampai semua orang ditangkapnya. Kit Siang, Anwar dan Dr Zambry pun ditangkap
Siapa masuk ISA zaman saya?, tiada. Ini kerana saya dah mansuhkan ISA. Saya lagi demokratik dari orang yang hari ini menuduh kerajaan kita tidak demokrasi" kata Datuk Seri Najib.
"The big lie, the more it repeated, the bigger it become truth. Ini adalah cara Goebbels" ulas Dato Seri Najib.
Hari ini pembangkang menggunakan strategi pembohongan berterusan dan kaedah pembohongan secara berulang cara Goebbels ini untuk menghasut rakyat.
Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Najib telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk rakyat di Parit. Inilah bukti kerajaan yang beri harapan sebenar dan merealisasikan apa yang rakyat hendak.
Bukan seperti pembangkang yang hanya pandai hasut rakyat siang dan malam. Hanya memberi harapan palsu dan hasutan sahaja pada rakyat.
Tulisan :
Beruang Biru
BB517, Sabtu
29 Julai 2017
Post a Comment