Bermula dengan 28 orang peneroka, tanah
diteroka secara bersama di Felda Lurah Bilut kini nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah gah di mata dunia.
Felda sedang melakar kejayaan sejak ia wujud selama 60 tahun yang lalu untuk membina generasi masa depan yang lebih cemerlang.
Pada 1 April 1958, FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang. Lurah Bilut kemudiannya, dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.
Kalau hendak diikutkan Lurah Bilut ialah rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan di seluruh dunia. Kumpulan peneroka pertama pada masa itu terdiri daripada orang yang sebelum itu berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.
Dengan tradisi "roll call" setiap awal pagi, dan pelbagai kenangan pahit manis membangunkan tanah, kini FELDA sudah tidak seperti dulu lagi. Kejayaan yang dicipta amat banyak sekali.
Pada 10 Disember 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan lapan inisiatif untuk membangunkan belia FELDA sebagai kumpulan generasi yang baru yang mulai dilaksanakan pada tahun 2008.
Antaranya ialah pembangunan sukan di FELDA telah dipertingkatkan dengan pembinaan kompleks sukan komuniti dan gelanggang futsal untuk memastikan warga FELDA sihat.
Kemudian, FELDA turut melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui Skim Inisiatif Usahawan FELDA (SIUF).
Ada pembangunan projek perumahan dilakukan di Bukit Goh, Mempaga, Lepar Hilir, Keratong di Pahang dan Pasak di Johor sejajar dengan usaha untuk membandarkan kawasan FELDA.
Sejak penubuhan FELDA, badan itu tidak pernah lari dari tujuan utamanya iaitu untuk menjaga kesejahteraan peneroka. Objektif asal penubuhan FELDA ialah untuk membasmi kemiskinan tetapi ia telah lama dicapai dan kini dalam objektif lain untuk meningkatkan taraf hidup 112,635 peneroka yang setia bersamanya.
Ramai yang mungkin tidak tahu, di bawah FELDA ada Skim Pembesaran Rumah yang turut diberikan dengan nilai pinjaman maksimum RM40,000 untuk keselesaan warga peneroka. Kesannya, di FELDA seluruh negara sudah ada banyak banglo dan rumah besar yang cantik dalam kawasan tanah rancangan Felda dengan keluasan lebih 3,000 kaki persegi.
Bermula dari hari ini sehingga 23 Julai 2017, warga peneroka akan hadir berkumpul di Dataran Putrajaya untuk menzahirkan sokongan mereka kepada FELDA serta menyaksikan catatan kejayaan FELDA yang telah dilakar selama 60 tahun sejak kewujudannya sempena Hari Peneroka FELDA Kebangsaan ke-60.
Kali ini ia akan diraikan selama tiga hari dengan pelbagai program menarik diatur termasuk kehadiran ikon animasi Upin dan Ipin serta Ultraman di Presint 3.
FELDA sudah terbukti terbaik dan hanya satu seumpamanya di dunia. FELDA juga terus konsisten memelihara kebajikan masa depan peneroka di seluruh negara.
Oleh itu, tidak usahlah pembangkang hendak menjaja cerita mahu memulihkan Felda. Kejayaan yang ada di Felda sekarang adalah hasil kerajaan Barisan Nasional bukannya pembangkang.
Kehadiran puluhan ribu peneroka Felda di Putrajaya selama tiga hari ini jadi saksi, mereka datang sebagai terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN atas nikmat dan kejayaan yang mereka kecapi hari ini.
Tulisan :
Beruang Biru
BB507, Jumaat
21 Julai 2017
Post a Comment