Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Kelakuan Liwat Anwar?
Pada 22 September 1998, dalam satu sidang media di Jabatan Perdana Menteri, Mahathir tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim.
"Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir
Bukan setakat itu sahaja, Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)... saya tidak tahu apa anda menyebutnya... melakukan onani terhadap lelaki itu?" kata Mahathir.
Bukan sekali Mahathir percaya Anwar melakukan liwat, malah Mahathir konsisten selama bertahun tahun percaya Anwar terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.
Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, pada 15 April 2011, di Kampung Pulo Ulu, Kuching, Mahathir dalam ceramah menyatakan seperti berikut ;
“Dia (Anwar) cuma hendak jadi Perdana Menteri sahaja, kita buatlah satu kampung bagi dia, kita angkat dia jadi Perdana Menteri tu. Pasal hendak jadi Perdana Menteri ini pun satu penyakit, macam macam pembohongan dibuat” kata Mahathir menyindir Anwar Ibrahim.
Menyambut cadangan Mahathir ini, kini eloklah sangatlah Mahathir dan Wan Azizah yang berada dalam satu organisasi sekarang berpakat bersama sama cari satu kampung atau pulau dan jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri di tempat tersebut.
Sekarang ini, penyakit hendak jadi Perdana Menteri ini kena pada siapa? Siapa yang begitu gila mencipta banyak sangat pembohongan demi pembohongan semata mata hendak jadikan anak sendiri menjadi Perdana Menteri?
Sejak 2014 lagi rupaya rancangan Mahathir hendak jatuhkan Najib. Bermacam cerita dan pembohongan dilakukan semata mata hendak jatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
Mahathir merancang menaikkan orang lain sebagai Perdana Menteri sementara yang kemudiannya membuka jalan kepada anaknya untuk menjadi PM.
Dalam ceramah di Kampung Pulo Ulu Kuching itu juga, Mahathir ada menyatakan;
“Akhirnya sekali, orang semacam ini (Anwar) tidak layak menjadi Perdana Menteri, fikirkanlah orang semacam ini kita hendak duduk dekat pun takut. Maaflah saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang kat dia pun (Anwar)” kata Mahathir.
6 Julai 2017, dalam wawancara bersama The Guardian, UK, Mahathir sudah setuju menjadi Anwar sebagai Perdana Menteri. Mahathir sudah telan balik semua kata katanya dulu pada Anwar.
Hari ini orang yang Mahathir kata hendak duduk dekat pun takut itu menjadi ketua kepada Mahathir dalam carta Pakatan Harapan. Jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan, duduknya dekat sangat.
Mahathir sendiri sudah sanggup cari Anwar Ibrahim di mahkamah pada 5 September 2016, bersalam erat dan bertentang mata antara satu sama lain. Lima hari selepas itu, pada 10 September 2016, Mahathir sekali lagi cari Anwar Ibrahim di mahkamah.
Dalam perjumpaan kali kedua ini, Mahathir berjumpa Anwar selama 40 minit untuk berbincang mengenai pakatan pembangkang. Boleh duduk dekat dan sembang sampai 40 minit dengan orang yang dikutuknya sebagai peliwat dan hendak beralih belakang pun takut.
Mahathir patut tanya kepada Anwar, mana dia jam Omega? Lama sangat, janji hendak tunjuk sejak 6 tahun lepas, tidak tunjuk tunjuk pun. Bermakna dengan bersama dan duduk sekali dengan Anwar Ibrahim, Mahathir sebenarnya sudah menjilat kembali apa yang disebutnya dahulu terhadap Anwar.
Dosa dan perbuatan keji terbesar Anwar Ibrahim di mata Mahathir adalah melakukan liwat. Kini bila Mahathir sudah berada di bawah Anwar dalam organisasi Pakatan Harapan, apakah Mahathir masih lagi percaya dan yakin Anwar merupakan seorang peliwat?
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mempersoalkan adakah tuduhan liwat terhadap Anwar satu ketika dahulu tidak benar apabila Mahathir secara tiba-tiba sekarang ini ingin menerima semula Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat” kata Nik Amar.
Mahathir masih belum menjawab berkaitan pendiriannya tentang perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Apakah Mahathir ingat orang boleh lupa apa yang dia cakap pada Anwar Ibrahim dahulu.
Orang Melayu lain tidak mudah lupa. Mungkin penyokong Mahathir yang terdiri daripada “budak budak baru nak up” lupa kenyataan Mahathir ini.
Anwar dilantik sebagai Ketua Umum, manakala Mahathir pula dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Soalnya, adakah tuduhan Mahathir dahulu keatas Anwar tidak betul pada asalnya?
Mudah sahaja, rakyat hendak tahu pendirian Mahathir sekarang terhadap perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Jawab ya atau tidak sahaja pada soalan ini.
Apakah Anwar Ibrahim seorang peliwat?
Semua orang tanya soalan ini pada Mahathir. Tengok apa jawapan yang dia hendak berikan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB503, Selasa
18 Julai 2017
Post a Comment