NAMA Muhyiddin Mohd Yassin bukanlah asing dalam negara kita, khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Mana tidaknya, beliau telah diangkat oleh orang Melayu sebagai ketua UMNO Pagoh sejak 1985 dan menikmati pelbagai jenis jawatan dalam kerajaan dan politik sejak 31 tahun.
Karier politiknya cukup maju selama 31 tahun itu kerana dahulu dalam dirinya dipasak dengan perjuangan "Alif Ba Ta" dan didokong oleh dasar parti serta kerajaan UMNO/BN.
Beliau telah diberi kepercayaan yang tinggi serta mulia apabila dilantik sebagai menteri di kementerian-kementerian kanan oleh tiga Perdana Menteri sejak 1985 hingga 2015. Atas kebaikan budi dan kepercayaan yang tinggi terhadapnya, Datuk Seri Najib Razak telah melantik Muhyiddin selaku timbalannya dalam parti dan kerajaan.
Itu cerita dulu semasa Muhyiddin masih berada di perjuangan sebenar. Apa pula berlaku selepas dia sudah mula memaling perjuangannya dan membunuh jiwa "Alif Ba Ta" dari dirinya?
Hanya kerana termakan hasutan oleh bekas Perdana Menteri, Muhyiddin sudah mula mengubah haluan perjuangan. Dia telah "berpatah arang" untuk berada dalam jalan kebenaran. Semuanya kerana mahu mengabulkan niat peribadi Mahathir Mohamed, itu saja.
Apabila dipecat dari kerajaan dan parti (yang mana dia ingin sangat berlaku), Muhyiddin mula membuat kerjanya untuk menghancurkan Kerajaan Islam pimpinan Najib Tun Razak.
Jika dahulu Muhyiddin "lebih Melayu dari Melayu" kerana tidak mahu melihat Najib Tun Razak lebih dominan dan disukai ramai pihak, sekarang jiwa Muhyiddin sudah hitam seperti roti yang hangus terbakar. Nak dicuci merosakkan rasa, nak ditambah perisa membuang rasa.
Pada mulanya Muhyiddin membontoti apa sahaja yang dilakukan Mahathir, kini dia yang juga masih Ahli Parlimen Pagoh telah mula menjadikan DAP sebagai sumber ikutannya.
Apabila DAP dan PKR keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017, Muhyiddin juga turut mengikut berbuat demikian. Walaupun dalam mimik muka terpingga-pingga kebodohan.
Sekarang sekali lagi Muhyiddin menyerang Kerajaan Islam pimpinan Najib Tun Razak melalui isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan GST. Yang mana isu-isu berkenaan telah berbakul-bakul dijawab dengan fakta sejak dari Muhyiddin dalam kerajaan dan parti lagi.
Jika begitu, apa motif sebenar Muhyiddin terus menerus menyerang Najib Tun Razak dan UMNO/BN? Tidak lain tidak bukan ia hanyalah kerana dia sekarang telah benar-benar hilang rasa sayang terhadap bangsa dan negara.
Dia sudah mula sayangkan DAP dan perjuangan parti chuvanist itu untuk menjahanamkan Kerajaan Islam sedia ada.
Menjelang PRU14 ini, DAP sedar bahawa mereka memerlukan lebih ramai pemimpin berbangsa Melayu yang berpengalaman dalam selok belok kerajaan dan parti. Ini membolehkan mereka (DAP) mempergunakan sepenuhnya golongan seperti ini untuk tujuan meyakinkan bangsa Melayu melalui propaganda yang diplan.
DAP tidak akan tunggu lama untuk menonjolkan bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memiliki agenda peribadi seperti Mahathir dan Muhyiddin ini untuk melawan kerajaan bagi pihak pembangkang. Bagi DAP, fokus mereka tidak akan lari dari mengejar kemenangan PRU14 sampai bila-bila.
Maka tidak hairanlah sekiranya sekarang langkah Muhyiddin semakin sumbang dan berbau teruk. Dengan hatinya yang sudah hitam dan penuh dendam, Muhyiddin semakin hari semakin dihasuti oleh virus kehancuran DAP. Dan sekarang, Muhyiddin telah 100 peratus dirasuk virus tersebut...
Tulisan :
Beruang Biru
BB105, Khamis
27 Oktober 2016
Post a Comment