Pembangkang Tawan Johor - Muhyiddin Mimpi Di Siang Hari
Pelik juga dengan dua individu dari parti paling muda dalam Barisan Rakyat @ Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanyi lagu kekalahan Bersatu di Manjung, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebaliknya mendendangkan lagu kemenangan parti berkenaan.
Tun Mahathir boleh dikira agak realistik sedikit apabila menyedari Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat tidak akan kemana jika mereka tidak membantu satu sama lain dalam kempen pilihan raya dan masing masing tertumpu kepada kempen parti sendiri.
Beliau menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh dengan menyatakan walaupun BN ada 14 parti namun apabila bertanding mereka berada di bawah satu bendera, tanpa terlihat dari bendera parti mana yang diwakili.
Lain pulak dengan Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat. Mereka akan menumpukan kepada kawasan yang mereka ingin bertanding dengan peluang untuk menang amat sukar, itu kata Tun Mahathir.
Berbanding dengan Muhyiddin, perkirannya amat mudah di Johor. Pada hematnya, jika pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu pembangkang menang hampir 18 kerusi di Johor, maka tambah sahaja 10 atau lebih kerusi maka Pembangkang dikira sudah dapat tawan Johor.
Nada Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO dan BN hanya tidur di Johor. Ini `simple mathematic' oleh Muhyiddin. Ia umpama 2 + 2 jadi 4.
Muhyiddin langsung tidak mengambil kira bahawa kerusi yang sudah ditawan boleh kalah juga dan kerusi yang belum lagi menang, belum tentu akan menang.
Kita juga boleh mengambil perkiraan terkini, dimana ketika dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung, kebencian memuncak terhadap GST dan 1MDB paling maksimum dan serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan menjadikan GST sebagai penyebab kenaikan harga barang secara mendadak.
Namun rakyat masih memberi undi kepada Barisan Nasional. Sebenarnya, tiada siapa boleh meramalkan secara tepat apa yang akan dipilih rakyat.
Berdasarkan perkiraan Muhyiddin mengenai `kemenangan' pembangkang di Johor, beliau terlupa akan kedudukan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Tiada siapa boleh meramalkan PAS akan berdiri di pihak mana pada PRU14 kelak.
Jika diambil kira dengan kenyataan Tan Sri Anuar Musa baru baru ini, akan ada kejutan pada Barisan Nasional pada PRU14, maka tentu sekali BN sudah ada perancangan sendiri. Sudah tentu Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat tidak akan mendapat `easy ride'.
Tambahan lagi, jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat, maka jangkaannya pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Paling menonjol dalam masalah Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat adalah sikap tidak puas hati mengakibatkan berlaku rebutan kawasan dan pembahagian kerusi.
Muhyiddin juga terlupa apakah PKR akan begitu mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada Bersatu. Bagaimana pula PAN? Adakah ia juga akan menyerahkan kepada DAP untuk menentukan kerusi mana dia layak bertanding?
Dan Ketika Muhyiddin bercakap, mungkin beliau terlupa partinya belum ada apa-apa kerusi pun selain kerusi `haram' yang dimenanginya atas tiket UMNO.
Mungkin apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin hanya sekadar menyedapkan hati yang gundah kerana apa yang dirancang tidak menjadi.
Pada perkiraan awal pihak Tun Mahathir, ramai ahli UMNO terutama Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan melompat kepada Bersatu apabila ditubuhkan, namun sangkaan itu meleset sama sekali.
Apa yang agak memalukan adalah apabila Muhyiddin bercakap, dia seolah-olah mewakili parti paling banyak kerusi dalam komponen Barisan Rakyat.
Muhyiddin terlupa perang besar sesama komponennya bakal terjadi. Perebutan kerusi antara satu sama lain akan terjadi dengan amat sengit. Akibatnya wang yang banyak akan dikeluarkan untuk tawar menawar supaya pihak yang kena undur diberi ganti rugi setimpalnya.
Selain itu pertandingan tiga atau empat penjuru bakal terjadi tanpa dapat dihalang bagi mereka yang tidak puas hati.
Maka nyata sekali, pelbagai perkara boleh terjadi. Justeru kenyataan Pakatan rakyat atau Barisan Rakyat bahawa ia akan menawan Johor berkemungkinan hanya ilusi Muhyiddin atau pun hanya mimpi di siang hari.
Tulisan:
Beruang Biru
BB77, Isnin
10 Oktober 2016
Post a Comment