Bersatu Mungkin Sertai BN Jika Muhyiddin Ditolak Sebagai PM
Sesiapa yang berani menafikan topik ini sebagai langsung tidak berkemungkinan, maka anggaplah anda sebenarnya masih belum bangkit daripada mimpi dan realiti. Ini kerana politik adalah `art of possibilities' dengan banyak kemungkinan berlaku.
Politik juga bukan `exact science’ kerana ia berubah-ubah mengikut kehendak pengamalnya.
Sesiapa yang menafikan terus kemungkinan tajuk di atas barangkali terlupa berkenaan kisah seorang mantan Perdana Menteri dari sebuah parti Melayu UMNO bernama Mahathir.
Seluruh jiwa raganya dan sepanjang karier politiknya, beliau mengajar pengikut dan penyokongnya membenci DAP. Berpuluh tahun dia menghasut bangsanya malah menghina dan mencaci bangsa Melayu yang menyokong DAP.
Ucapan-ucapannya dan tulisannya selama berpuluh tahun mensasarkan DAP sebagai musuh bangsa dan agama. Namun apa kesudahannya? Orang putih menyebut, dia datang kepada DAP dengan ekor di celah kakinya. (tail between his leg).
Dia menghulurkan perdamaian dan bertahaluf siyasi dengan puak yang sejak berpuluh tahun dicaci dan dihina. If the mountain dont come to Mohamad, Mohamad goes to the mountain, kata pepatah Inggeris.
Begitu juga dengan caciannya terhadap orang yang dia sendiri kata “kita hendak dekat pun takut, nak beralih ke belakang pun tak berani” iaitu Anwar Ibrahim.
Malah ditulis hitam putih dalam bentuk buku yang akan kekal sepanjang zaman, dimana dia berikrar “saya mungkin banyak buat silap, tetapi memecat Anwar bukanlah kesilapan’
Selebihnya tidak perlu diceritakan kerana ia sudah menjadi sejarah.
Maka apabila kita andaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melakukan seperti diatas, jangan pula menafikan semudah mudahnya kerana terbukti “watak” ini tiada perkataan “malu” dalam kamusnya. Yang ada dalam kamusnya hanya ‘matlamat”.
Siapa sangka tuan rumah pun terkejut apabila setelah sekian lama mencaci dan menyisih keluarga Anwar, tiba-tiba dia muncul depan pintu datang ziarah ke rumah Anwar, ketika arwah bapa Anwar meninggal dunia? Ketika hidup pun tidak ada minat hendak jumpa.
Bersatu adalah parti bermatlamat menjadikan anak Mahathir sebagai Perdana Menteri, itu sahaja, kerana bersama jawatan PM itu ada pakej sampingan yang sulit untuk dilaksanakan oleh orang lain.
Dan atas sebab itu parti Bersatu ditubuhkan. Tiada matlamat lain.
Dengan karenah dan kepelbagaian kehendak dalam komponen Barisan Rakyat, kemungkinan Mahathir tidak akan mendapat apa yang dikehendakinya. Permintaan pertama sahaja iaitu jumlah kerusi untuk bertanding juga sudah sukar.
Kemudian timbul permintaan lain iaitu mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri sedangkan dalam Pakatan Harapan, mereka sudah ada Anwar untuk dijadikan Perdana Menteri dan berkemungkinan Zaril Khir Johari, sekiranya DAP mampu mendapat jumlahnya.
Maka kemahuan Bersatu untuk menyaksikan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bakal ditolak. Apa akan terjadi kemudian?
Mengenali Mahathir, umpama air mengalir, mana kawasan rendah, disitulah laluannya, tidak ada jaminan dia akan setia kepada Barisan Rakyat. Mahathir tidak setia pada UMNO walau pun hampir 40 tahun di dalamnya, jadi siapa yang berani meletakkan leher sebagai jaminan bahawa Mahathir akan setia dengan “alat” nya iaitu Barisan Rakyat?
Mahathir juga ada track record menjilat kahak, seperti mana dibuktikannya ketika dia merafak sembah kepada DAP dan Anwar. Maka kemungkinan Mahathir membawa parti bersatunya berunding dengan BN adalah berkemungkinan.
Siapa sangka 10 atau 20 tahun lalu Mahathir akan lakukan apa yang dia lakukan hari ini? Maka bukanlah mengejutkan jika Mahathir juga akan melakukan “stunt” yang sama apabila niat dan hasratnya terhalang dalam Barisan Rakyat. Mahathir akan “do the impossible”, iaitu berunding dengan Barisan Nasional pula.
Kita saksikanlah.
Tulisan:
Beruang Biru
BB76, Jumaat
7 Oktober 2016
Post a Comment