Mahathir Sudah Tidak Percaya Muhyiddin Sebagai Calon Perdana Menteri

Bukan sekali, sudah beberapa kali Mahathir menampakkan sifat kurang "favour" dengan Muhyiddin.

Tiga minggu lalu, ketika berucap di London, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum (PRU14) kelak.

Muhyiddin ketika itu menjadi pilihan utamanya. Namun dalam satu temubual dengan portal pembangkang semalam, Malaysiakini, bekas Perdana Menteri itu telah menukar nada dengan menyatakan bahawa Muhyiddin boleh memimpin, tetapi dalam parti.

Dalam kata lain, Muhyiddin hanya boleh jadi presiden PPBM sahaja, menepati ramalan ramai selama ini bahawa Mahathir sebenarnya tidak yakin dengan Muhyiddin.

Jika tidak sudah pasti beliau tidak akan menukar pendiriannya dan mengekalkan Muhyiddin sebagai calon utama Perdana Menteri.

``Saya fikir pada masa ini, dengan sokongan, saya fikir beliau (Muhyiddih) boleh memimpin. Sama ada beliau boleh memimpin kerajaan adalah perkara yang lain," katanya yang dipetik dari Malaysiakini bertarikh 10 Oktober lepas.

Kenyataan "pusingan u" Mahathir ini menjadi satu tamparan hebat kepada Mahathir dan ia juga satu cara untuk menyatakan bahawa anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebenarnya adalah potensi Perdana Menteri pada masa depan.

Benarlah seperti mana pendedahan Grand Design Mahathir pada minggu lepas. Muhyiddin hanyalah sementara sahaja, pilihan sebenar Mahathir adalah anak angkatnya, Azmin dan anaknya, Mukhriz untuk jadi Perdana Menteri.

Meskipun semua sudah tahu agenda berkenaan, sekurang-kurangnya kali ini Mahathir bersikap lebih jujur walaupun dalam keadaan berselindung.

Hakikatnya pada saat Mahathir memeluk Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum ini, selepas 18 tahun mereka berseteru, ia telah menunjukkan bahawa Mahathir telah membuat keputusan mengenai Muhyidin.

Ia juga menunjukkan bahawa Anwar menjadi lebih penting daripada Muhyiddin sendiri. Dari situ, kita boleh melihat ketidakyakinan Mahathir sendiri dalam menyokong penuh Presiden PPBM itu.

Inilah sebabnya Khairuddin Abu Hassan tidak bersetuju sertai parti pimpinan Muhyiddin. Tetapi Khairuddin masih lagi membuat kerja kerja politik untuk Mahathir.

Siapa suruh Khairuddin tidak sokong Muhyiddin. Jawabnya ialah Mahathir.

Selain itu, kes skandal Muhyiddin yang dikaitkan dengan seorang wanita Nika Ghee Siew Yee dikatakan turut menyumbang kepada goyahnya kepercayaan Mahathir terhadap Muhyiddin.

Dalam kes itu, satu akaun bersumpah (SD) yang bertarikh 7 Disember 2015 mendakwa Nika bertemu Muhyiddin di luar negara dan menyatakan juga mengenai skandal Muhyiddin dengan Nika semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor.

SD itu dibuat oleh peguam Stanley Cle­ment Agustin yang ketika itu masih suami Nika.

Stanley dan Nika telah disahkan bercerai oleh mahkamah pada 6 September lalu. Namun sehingga kini, Muhyiddin masih belum menjawab mengenai dakwaan skandal terbait dan mengambil mendiamkan diri.

Pada masa sama, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin kini sedang dalam dilema, sama ada mahu kekal bertanding di kerusi Parlimen Pagoh atau bertanding di kawasan baru iaitu di Muar pada PRU14 nanti.

Ini kerana beliau dikatakan sukar untuk mempertahankan kerusi Pagoh dan demi kelangsungannya, beliau terpaksa berpindah ke Muar, yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina di situ.

Muhyiddin hanyalah alat Mahathir untuk membolehkan Azmin dan Mukhriz menjadi PM. Patutlah ahli PPBM sedikit, yang cakap ahli boleh dapat 6 juta pun tidak sanggup jadi ahli parti bunga.

Puncanya, mereka tidak percaya dengan Muhyiddin. Rasanya hayat parti bunga akan lebih pendek dari Semangat 46. Berkuburlah selepas ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB79, Selasa
11 Oktober 2016

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget