Benarkah Kedah Juara Piala Malaysia Kerana Jasa Mukhriz?
Biarpun semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hadir di stadium memberikan sokonngan kepada barisan pemain, masih ada cakap-cakap nakal bahawa kemenangan itu adalah kerana sumbangan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berada di bawah naungan Mukhriz, mereka hanya berjaya menjadi juara Liga Perdana tetapi gagal menjadi juara Piala Malaysia musim lalu.
Sepanjang menjadi Presiden KFA juga, Mukhriz tidak pernah memberikan sesuatu yang istimewa kepada rakyat negeri Kedah berkaitan bola sepak.
Berbeza dengan Ahmad Bashah, tidak lama selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Mukhriz, beliau terus memberikan tiket percuma kepada menyaksikan perlawanan Kedah melawan Terengganu.
Selain itu, ketika menjadi Presiden KFA dan Menteri Besar pun, Mukhriz sering tiada di Alor Setar untuk meninjau keadaan negeri dan pasukan bola sepak sebaliknya banyak berada di Kuala Lumpur.
Pada perlawanan akhir semalam, kedua-dua pasukan seri 1-1 sepanjang 120 minit masa perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit.
Gol Kedah dijaringkan oleh Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-51 mendahului kedudukan sebelum disamakan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-59.
Bagi rakyat Kedah, ini baru permulaan kepada keputusan besar pentadbiran Ahmad Bashah di dalam KFA dan di mana letaknya ruang untuk sumbangan dari Mukhriz?
Kita mungkin hanya menantikan masa selepas ini, Kedah bakal menjadi juara Liga Super dengan Ahmad Bashah selaku penaung KFA.
Beliau berjaya akhirnya membawa Kedah merangkul piala paling berprestij bola sepak Malaysia itu untuk kali kelima semalam.
Kemenangan itu juga mematikan impian Selangor untuk mendapatkan kejuaraan ke-34 mereka dalam kancah Piala Malaysia.
Piala Malaysia semalam adalah hasil usaha Bashah bukan Mukhriz. Usahlah menumpang nama di sebalik kejayaan orang lain.
Tulisan :
Beruang Biru
BB110, Isnin
31 Oktober 2016
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.