2017

AMPANG JAYA: "Kami akan terus buat laporan selagi polis tidak ambil tindakan tegas terhadapnya dan jika perlu, kami sendiri sendiri akan heret beliau ke balai polis kerana kenyataan beliau yang terlalu biadap.

Itu amaran dilaungkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Twitter baru-baru ini.

Azwanddin berkata, pihaknya mahu polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kenyataannya itu seolah-olah satu cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat dan memecah belahkan hubungan baik antara kaum.

"Kenapa baru sekarang? Ketika sudah hampir pilihan raya? Jelas kenyataan yang dikeluarkannya itu bukan tidak disengajakan.

"Kita nampak ini adalah satu cara beliau untuk memecah belahkan rakyat, mengheret rakyat untuk memburuk-burukkan antara satu sama lain.

"Beliau semakin terdesak dan mula menggunakan strategi seperti ini untuk menghilangkan rasa hormat dan kepercayaan antara kaum-kaum yang ada di negara ini khususnya Melayu dan Cina," katanya selepas membuat laporan terhadap Zaid di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.

Selain JMM, enam badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan terdiri daripada Kelab Ahli Parlimen Belia Selangor, Persatuan Kebajikan San Chuan, Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Ampang Saujana, Persatuan Komuniti Persahabatan Ampang, Persatuan HATA Industrial Park Pandan Mewah dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Parlimen Pandan turut bersama beliau membuat laporan polis.

Menurut Azwanddin, tindakan Zaid sangat tidak wajar kerana perbezaan fahaman politik mendorong beliau menjadikan Sultan Selangor sebagai mangsa agenda politiknya.

"Beliau bankrap dalam perniagaan, tetapi saya harap Zaid tidak gunakan 'otak bankrapnya" untuk mengheret anak muda dan orang Islam memburuk-burukkan antara satu sama lain khususnya institusi raja-raja Melayu.

"Kita mahu polis segera ambil tindakan terhadap Zaid, jangan sampai JMM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain berhimpun di hadapan rumah beliau.

"Ini amaran tegas saya kepada beliau (Zaid), kita tak malu dan tak segan untuk ke rumah beliau dan heret beliau ke balai polis kerana kenyataannya itu terlalu biadap," tegas Azwanddin.

Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan temu bual eksklusif Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap masyarakat Bugis.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi temubual itu menyatakan kebimbangan baginda dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeksploitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Titah baginda, tindakan seumpama itu dilihat akan meletakkan negara ke arah kehancuran yang mana isu itu sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan sembilan raja-raja Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, pandangan baginda itu dipertikaikan oleh Zaid apabila beliau menegur baginda supaya berhati-hati dalam berkata-kata.

"Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar," kata Zaid menerusi Twitter.

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) menyampaikan ucapan penangguhan yang padu serta sarat dengan amanat penting untuk semua ahli UMNO sebagai bekal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ucapan Datuk Seri Najib selama 52 minit 32 saat, tamat kira-kira jam 5.30 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menaikkan semangat semua perwakilan untuk menghadapi pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Daripada ucapan Datuk Seri Najib, boleh dikupas 10 perkara menarik dan penting untuk dihayati oleh rakyat secara keseluruhannya.

1. Perhimpunan Terbaik Setakat Ini

Menurut Najib, beliau sudah terlibat mengikuti setiap perhimpunan agung UMNO sejak tahun 1976 sehingga ke hari ini. Menurutnya, dalam banyak perhimpunan yang pernah dihadiri oleh beliau, perhimpunan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan.

"Saya tengok pada moodnya, moodnya baik. Saya tengok pada sentimennya, sentimennya baik. Saya tengok disiplin, disiplinnya baik dan saya kagum dengan kehadiran begitu ramai yang datang daripada segenap pelusuk tanah air kita," kata Najib.

Beliau turut menghargai orang ramai yang hadir menonton ucapan beliau itu pada skrin LED di luar Dewan Merdeka yang tetap setia sepanjang perhimpunan.

"Kebanyakannya kaum-kaum ibu kita, mereka ini tidak hendak apa-apa. Mereka tak nak jadi wakil rakyat. mereka tak nak kontrak. Mereka tak nak tender terhad. Mereka ini adalah penyokong setia tegar UMNO, yang mereka nak cuma bersalaman dengan pemimpin sahaja.

"Mereka duduk bersimpuh makan nasi lemak, bersandar pada tiang dengan penuh harapan untuk melihat UMNO terus berkuasa sebagai parti pemerintah," kata Najib.

2. Isu Baitulmaqdis : Tangguh Mesyuarat Perundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri Singapura

Najib dalam ucapannya juga menegaskan beliau berjanji akan membantah habis-habisan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia adalah simbol kesucian umat Islam seluruh dunia.

"Saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istandul, Turki pada 13 hari bulan ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tiga hari lalu, Presiden Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting, dia kata," katanya.

Menurut beliau, secara kebetulan pada 13 dan 14 Disember, Najib dijadualkan menghadiri mesyuarat tahunan antara beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tetapi masalah sejagat umat Islam, ia terpaksa ditangguhkan.

"Kebetulan pada 13 dan 14 saya ada annual consutations dengan Perdana Menteri Singapura, saya telefon Perdana Menteri Singapura, Hsien Loong, saya kata 'please understand, this is an issue that affects my faith as a Muslim dan the faith of all Muslim," kata beliau.

3. Mempunyai Seorang Timbalan Yang Merupakan Sahabat Setia

Pada ucapan penangguhan beliau, Najib turut membacakan beberapa bait lagu nyanyian Datuk DJ Dave yang menceritakan tentang satu persahabatan sejati, yang menggambarkan persahabatan Najib dan de-facto Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya masih ingat pada bait-bait lagu Datuk DJ Dave, sukarnya mencari kawan yang setia yang sanggup menolong di masa kau susah, kawan sewaktu senang tak payah kau cari-cari, di mana sahaja mudah kau jumpa, kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, ia tak tergamak biarkan kau sendiri, nasibmu pasti dibela," ujar Najib.

Najib mengakui dengan adanya Ahmad Zahid yang selalu mempertahankannya selama ini, beliau yakin beliau tidak keseorangan dalam perjuangan ini untuk berdepan tekanan dan cabaran pembangkang.

4. Jangan Ambil Seseorang Dari Masa Lampau Untuk Jadi Perdana Menteri Masa Depan

Menyentuh soal bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Najib berkata ada kedengaran beliau bersedia jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerlukannya menjadi Perdana Menteri semula. Menurut Najib, ada pihak juga menyatakan bahawa mereka mahu Ketua Parlimen DAP jadi Perdana Menteri.

"Ada dengar-dengar pula ada orang 93 tahun minat hendak jadi Perdana Menteri balik, yang senja meniti malam, Zimbabwe pun dah tak ada, 93 tahun tuan-tuan... jadi belah situ tak menentu.

"Takkanlah kita nak letakkan masa depan negara kita antara dua ini," katanya.

Malaysia, sudah ada agenda di bawah kerajaan BN. Pembangunan yang sesuai untuk masa depan dan meletakkan seseorang yang lama tidak akan berjaya membawa Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang.

5. Naik Haji Kerana Perjuangan UMNO

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia yang dapat ke Mekah menunaikan haji dengan kuota yang semakin bertambah adalah kerana hasil pengorbanan UMNO.

"Yang dapat naik haji ni berapa orang? ramai... Tabung Haji dia buat, tapi saya yang uruskan dengan King Salman, dapat, dia tambah lagi banyak orang naik haji kerana apa, kerana perjuangan UMNO lah," ujar Najib.

6. Semua Peroleh Manfaat Dari Perjuangan

Rakyat semuanya mendapat manfaat hasil dari kerajaan, termasuklah Tok Siak, Tok Imam dan juga semua guru guru Kafa.

"Daripada tok siak, tok imam, tok bilal, guru KAFA dapat elaun khas kenapa, sebab ekonomi kita maju. Ekonomi kita bawah pimpinan UMNO mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus, jadi bila hasil tambah, saya gunakan hasil tu tolong orang B40.

"Pesawah padi, pekebun kecil, nelayan, peneroka, semua dapat di bawah UMNO ini," kata Najib.

7. Pembangkang "Kucha Lana" dan Caca Marba

Menurut Najib, pakatan pembangkang kini sudah kucar kacir dan beliau menggunakan perkataan "kucha lana" dan caca marba dalam ucapannya untuk menggambarkan kerapuhan Pakatan Harapan (PH).

"Belah sana tu tak ada, kuchalana, cacamarba sekejap kata ini, besok kata lain sekejap kata dedak, lepas tu BR1M masuk pulak dalam manifesto dia, sekejap tolak GST, sekarang terima GST.

"Ini kartun tuan-tuan, ini kartun, ini bukan mentadbir negara dengan serius," kata Najib.

8. Selesaikan Masalah Di Bahagian

Presiden berkata, soal pokok yang penting sudah pun diselesaikan.

"Kita dah settle dah, soal kepimpinan dah settle, nombor satu, nombor dua dan nombor tiga semua dah settle, Datuk Hisham (Hishammuddin) dah settle, done, done deal.

"Dekat Bahagian ni pakat-pakatlah sikit, tolong pakat-pakatlah boleh tak," katanya dengan mengharapkan masalah di peringkat Bahagian dapat diselesaikan dengan rundingan sesama mereka atas dasar kekeluargaan UMNO.

9. Pulang Kembali Dengan Semangat Cinta dan Kasih Sayang Kental

Najib menyatakan pesanan kedua yang perlu dibawa kembali para perwakilan kepada Bahagian selepas selesai perhimpunan.

"Pulang kembali dengan semangat cinta dan kasih yang kental kepada parti, semangat kekeluargaan yang tinggi dalam organisasi kita, ini mesti ada pada kita," katanya.

10. Pulang dan Kembali Berjuang dan Menggempur Dengan Penuh Berani Untuk BN

Dalam pesanan terakhir, Najib mahu para perwakilan kembali dan berjuang untuk menggempur dengan penuh berani untuk BN.

"Semua momentum belah kita sekarang ini, the win is behind us, momentum belah kita. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak belah kita, mereka ini pelaksana dasar pendukung dasar Barisan Nasional," kata Najib.

Ucapan Najib diakhiri dengan semangat para perwakilan yang begitu berkobar-kobar mahu membawa pesanan amanat itu di peringkat bawah.

Semua ahli UMNO dan orang UMNO di setiap peringkat perlu bertindak untuk realisasikan apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO. "Pasti kita menang!!! Pasti kita menang!!!, pertahankan Putrajaya" kata Datuk Seri Najib.


Tulisan :
Beruang Biru
BB692, Sabtu
9 Disember 2017

GEORGE TOWN, 9 Dis: Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menyandang sehingga 19 jawatan utama di negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata selain bergelar Anggota Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) dan ahli Parlimen, Lim juga menjadi pengerusi dalam 19 agensi dan organisasi berkaitan kerajaan negeri.

Beliau mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri berkenaan mahu menguruskan bebanan dan tanggungjawab setiap jawatan tersebut dan dalam sama memastikan kebajikan rakyat tidak terabai.

“Berapa lagikah jawatan pengerusi yang Ketua Menteri ingin menyandang dan menguasai selepas ini?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terbaru katanya, Lim juga dijangka akan mempengerusikan jawatan Perbadanan Taman Botani Pulau Pinang yang termaktub dalam Fasa 9 (1) (a) Rang Undang-Undang Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang 2017.

Terdahulu, Ooi yang juga Penyelaras Gerakan untuk kawasan Kebun Bunga berkata sesi persidangan Dewan Undangan Negeri lepas telah meluluskan Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang sebagai Enakmen negeri.

Beliau ingin bertanyakan kepada kerajaan negeri tentang bayaran yang akan dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Taman Botani.

“Walaupun kerajaan negeri menafikan sebarang bayaran masuk ke Taman Botani, tetapi pihak kami ingin bertanya tentang bayaran lain yang mungkin dikenakan.

“Contohnya, selepas Bukit Bendera diperbadankan, terdapat beberapa bayaran dikenakan ke atas tempat menariknya seperti ‘The Habitat’ dan Muzium Burung Hantu,” katanya.

Beliau juga ingin mengingatkan kerajaan negeri bahawa Taman Botani Pulau Pinang berfungsi untuk memulihara flora dan fauna dan secara tidak langsung berfungsi sebagai paru-paru hijau di kawasan berkenaan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa apa yang diperlukan bukanlah pertukaran struktur pengurusan Taman Botani tersebut, akan tetapi sebuah pelan yang efektif untuk menguruskan taman tersebut,” katanya.

Taman Botani Pulau Pinang seluas 243 hektar diwujudkan oleh ahli botani Charles Curtis pada tahun 1884 dan digunakan Jepun ketika penjajahannya sebagai tapak menyimpan peluru.-MALAYSIAN TIMES

16:06

SHAH ALAM: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, adalah peringatan yang perlu diberikan perhatian oleh seluruh rakyat di negeri ini.

 Ia termasuk teguran baginda kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, membabitkan masyarakat Bugis sebelum ini.

 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkata titah baginda adalah pesanan penting untuk rakyat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.

 "Titah tuanku itu harus diberikan perhatian oleh semua pihak bahawa dalam keghairahan untuk mencari sokongan, kita kena jaga keharmonian semua rakyat Malaysia.

 "Saya rasa itu mesej penting yang disampaikan oleh Tuanku bahawa kita mesti mengekalkan keharmonian, hubungan baik dalam negara berbilang kaum dan agama ini," katanya.

 Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan temu bual eksklusif Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir terhadap masyarakat Bugis.

 Dalam temu bual itu, baginda bertitah kepada akhbar terbabit bahawa kenyataan seperti itu yang dibuat oleh ahli politik boleh menanam benih kebencian dalam kalangan rakyat, malah kontroversi itu tidak sepatutnya berlaku.

 "Mereka yang menyokongnya mengatakan saya (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dipengaruhi oleh orang yang anti-Mahathir.

 "Itu tidak benar. Kita mesti mempunyai bukti. Beliau memerintah selama 22 tahun. Beliau harus tahu lebih baik," titah Tuanku.-Berita Harian

15:59
KOTA BHARU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim enggan memohon maaf kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung 'tweet' beliau terhadap Sultan Selangor.

 Zaid yang kini menjadi ahli DAP menegaskan, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memuat naik status berkenaan dan sedia disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 "Saya rasa saya tidak buat silap dan perkara itu kecil sahaja, selain tidak perlu diperbesarkan semua pihak. 

"Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa kesalahan saya lakukan sehingga perlu memohon maaf?.

 "Apapun saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat berhubung perkara itu dan saya akan memberi kerjasama penuh," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

 Zaid berkata, walaupun pelbagai pihak mendesak supaya beliau membuat permohonan maaf, perkara itu tidak akan dilakukan. Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

 Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai "rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam" yang boleh "membakar seluruh negara".

 Titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

 Susulan tweet Zaid itu, pelbagai pihak termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu Zaid memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan selain meminta PDRM menyiasat ahli DAP itu di bawah Akta Hasutan.-Berita Harian

15:54
Sarawak Report (SR) menulis cerita palsu. Malaysia Chronicles kemudiannya membuat tajuk-tajuk utama yang keterlaluan untuk dikongsi oleh Pakatan di media sosial. Itulah Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka. Malangnya, itu semua adalah berita palsu. Sebagai contoh: "KEJATUHANNYA SUDAH DAPAT DIJANGKAKAN, NAJIB MEROMPAK BANK NEGARA: UNTUK MENGUMPUL DUIT UNTUK AGM UMNO, BANK PUSAT 'TERPAKSA' MEMBAZIR BANYAK RIZAB, MENGABAIKAN EKSPORT WANG AWAM LUAR NEGARA YANG BANYAK & MENGIMPORT SEMULA KE DALAM AKAUN PERIBADI - TIDAK HAIRANLAH SUKHDAVE BERHENTI" Artikel itu membuat tuduhan berikut 1) Najib memaksa BNM untuk menggunakan rizab Forex kita yang “banyak” itu untuk menaikkan nilai Ringgit untuk PAU UMNO - itulah sebabnya Timbalan Gabenor BNM Sukhdave meletak jawatan. "Namun, SR telah mendengar bahawa BNM telah membuang rizabnya tanpa mengambil kira kesan kepada kewangan dan hanya untuk menaikkan nilai Ringgit", menurut SR. SR mungkin marah kerana nilai RM kita telah pulih dengan kukuh - terutamanya sepanjang bulan lalu. Malah, ia telah mengukuh sehingga SG$1 kepada RM2.99 pada Jumaat lepas dan mencecah RM4.04 kepada AS$ minggu lepas Pertama, kini mereka mengakui Malaysia mempunyai rizab yang BANYAK (antara 20 rizab yang terkukuh di dunia) tetapi saya ingatkan mereka ada berkata bahawa Malaysia akan muflis? Tetapi rizab BNM Forex tidak "dibazirkan" untuk mengukuhkan RM. Malah, RIZAB KITA SEMAKIN NAIK- BUKAN TURUN! Rizab Forex BNM adalah AS$101.9 bilion pada akhir bulan November, AS$101.5 bilion pada bulan Oktober, AS$101.2 bilion pada September, AS$100.5 bilion pada Ogos dan hanya AS$94.6 bilion pada akhir Disember 2016. Malah, RM telah mengukuh sejak kita mencecah RM4.49 pada bulan Januari (dan pastinya bukan untuk PAU) disebabkan oleh pertumbuhan cepat KDNK kita, pertumbuhan eksport dua angka dan pengukuhan harga minyak - bukan kerana BNM "membazirkan" rizab kita untuk menaikkan nilai RM. 2) SR berkata "Najib telah membazirkan wang untuk menutup isu 1MDB, mendapatkan bantuan kuasa asing dan membeli kesetiaan para pengikutnya, sebuah kumpulan kroni yang korup yang telah mencuri wang awam Malaysia selama 60 tahun. Kini beliau bersedia untuk membelanjakan wang kepada orang biasa juga." Tetapi SR lupa untuk menyebutkan bahawa 22 daripada 60 tahun itu adalah disebabkan oleh Pengerusi Pakatan. Semasa kerjasamanya dengan ketua de facto mereka Anwar, SEPARUH daripada rizab forex kita telah hilang (RM31.5 bilion) seperti yang telah ditemui oleh RCI sementara Jenayah Pecah Amanah (CBT) sangat disyaki telah berlaku. Rizab kita telah meningkat dengan ketara sejak kedua-dua itu meninggalkan kerajaan. Juga, bagaimana Najib boleh berbelanja besar untuk membeli "kuasa asing", membeli pengikut parti, membeli rakyat jika kita bankrap dan mata wang kita tidak bernilai apa-apa? Sebelum Najib menjadi Menteri Kewangan dan kemudian PM, Pound UK adalah RM6.45. RM5.47 hari ini adalah selemah pada RM4.54 pada April 2013. Jadi, pound gagal berbanding RM. Saya tertanya-tanya mengapa orang Inggeris Clare Brown tidak menuduh rizab bank negaranya sendiri sebagai telah "dibazirkan" untuk mempertahankan mata wangnya atau bahawa rasuah besar-besaran adalah sebab mengapa mata wangnya gagal terhadap RM? Negara anda sendiri anda tidak mahu jaga, tetapi anda mengganggu rakyat Malaysia dengan propaganda penipuan anda yang berulang? Tolong pergi jaga negara anda sendiri yang "rosak" dan "gagal" itu. --- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2083235485228568&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3 Link asal artikel: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2083236148561835 Tulisan asal oleh: Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 9 Disember 2017

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 berakhir hari ini. Sudah pasti dalam masa lima hari ia berlangsung, perwakilan yang menghadiri PAU ini mendapat banyak maklumat yang berguna, apatah lagi ia merupakan PAU terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Yang jauh datang bergerombolan, yang dekat datang menjalin persahabatan. Semua ahli UMNO berkumpul mengerat silaturahim dan tekad demi parti karomah.

Dengan jangka masa PRU yang sudah tidak lama lagi, maka ucapan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan PAU 2017 sudah menyemarakkan semangat di kalangan ahli UMNO untuk berperang apatah lagi selepas gendang pilihan raya sudah dipalu.

"UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya parti 'berkaromah' untuk seluruh rakyat Malaysia. Kalau digantung kita tinggi, biar dicincang kita lumat, namun menyerah tidak sekali-kali.

"Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang, dan Putrajaya tetap kita pertahankan," kata Najib ketika merasmikan PAU 2017.

Mendengar suara semangat Najib ketika berucap itu sendiri membuatkan bulu roma meremang. Ia merupakan intipati utama oleh Presiden parti untuk meniup semangat kepada perwakilan.

Ada pemerhati di luar dewan yang terus berdiri berteriak bersama sama setelah mendengar semboyan seruan Presiden UMNO. Ada yang bingkas bangun sambil genggam tangan melaungkan "Hidup UMNO" sekuat hatinya tatkala mendengar Ucapan Presiden UMNO.

Presiden parti sudah memukul gendang dan nampaknya ahli UMNO telah menyahut seruan itu. Mereka kini memfokus kepada pilihan raya yang semakin hampir dan melupakan seketika pemilihan parti yang akan diadakan selepas PRU.

Malah sehingga tengah malam, perwakilan masih berada di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk berbincang mengenai strategi menentang lawan pada PRU nanti. Mereka mahu menang, iaitu satu mentaliti yang sudah disemat dalam minda mereka oleh Presiden parti sendiri.

Mereka bertemu bukan untuk mencalonkan diri sebagai calon PRU atau berbicara soal pemilihan parti sebaliknya mereka berbincang tentang lima semboyan yang dibuat oleh Najib semasa merasmikan PAU 2017.

Lima semboyan itu ialah bergerak sebagai satu pasukan, bergerak dengan penuh keyakinan, bertindak dengan pantas, bertarung di alam siber dan bertarung dengan semangat juang dan tekad yang tinggi.

"Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang dan Putrajaya tetap kita pertahankan,'' demikian ingatan Najib yang juga Perdana Menteri kepada ahli-ahli UMNO.

Ini kerana pilihan raya ini bukan sekadar pilihan raya umum kerana ia penting, UMNO tidak mahu negara tergadai dan jatuh kepada pihak yang salah serta tidak bertanggungjawab.

Jika kuasa yang ada tidak dikekalkan, maka apa yang dibina oleh bapa-bapa terdahulu akan ranap begitu sahaja, berkecai di depan mata.

Cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh UMNO ialah ketaksuban Pakatan Harapan yang mahu berkuasa. Lebih malang lagi ia diketuai oleh bekas Presiden UMNO sendiri, Mahathir Mohamad yang kini melakukan tohmahan dan tuduhan liar kepada UMNO.

Pembangkang ini bijak mencipta cerita palsu untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Justeru gunakanlah kebijaksaan untuk menolak pembangkang ini. Jangan biarkan mereka memerintah, jangan biarkan Melayu tergadai di negara sendiri.

Semua perwakilan UMNO sudah bermentaliti menang. Putrajaya akan dipertahankan demi agama, bangsa dan negara.

Wajib menang. Jika tidak, DAP akan menjadi raja dan merampas apa sahaja yang ada di tanahair ini. Berjuanglah sekarang dengan penuh sungguh sungguh, jangan menangis airmata darah di kemudian hari.


Tulisan :
Beruang Biru
BB691, Sabtu
9 Disember 2017

Isu Baitulmaqdis, Malaysia Tegas Pertahankan Hak Rakyat Palestin

Seluruh dunia kini melahirkan kebimbangan susulan pengumuman presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman itu telah menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan pemimpin negara Islam meluahkan kemarahan mereka.

Tidak terkecuali adalah Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang menentang sekeras-kerasnya pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

``Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,'' demikian suara lantang Najib yang juga Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) di PWTC, semalam.

Disebabkan Najib selama ini dilihat lantang dalam membela nasib umat Islam yang teraniaya termasuk membawa kezaliman etnik Rohingya ke pentas dunia, maka beliau turut menjadi perhatian pemimpin dunia Islam lain.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah menghubungi Najib untuk mendapatkan sokongan dan solidariti terhadap penduduk Palestin susulan provokasi terbaru yang dilakukan Trump ini.

Najib merupakan antara pemimpin di Asia Tenggara yang dihubungi oleh Erdogan. Ketika Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, Malaysia sebenarnya sudah lama melaksanakannya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel namun pasport Malaysia kini berada di ranking keenam pasport paling 'power' dunia iaitu setanding dengan pasport negara maju seperti Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan walaupun pasport Malaysia tidak boleh masuk ke Israel, namun ia bukan satu masalah. Begitu juga dalam isu Israel, Malaysia sentiasa lantang bersuara dan jangan lupa bahawa Malaysia merupakan negara paling lantang memperjuangkan Palestin.

Malah ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang ke-70, antara intipati ucapan Perdana Menteri ialah perlunya keberanian untuk menangani secara berkekalan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin yang menderita sejak 1948.

"Berdekad-dekad bebas tanpa hukuman dan penyahmanusiaan secara sistematik terhadap penduduk Palestin telah mendorong kepada peningkatan keganasan, memperluas penempatan haram dan peningkatan pencabulan hak asasi,'' kata Najib.

Ucapan Pedana Menteri itu dibuat di PBB pada 2015 dan pada 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan penting dengan meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin.

Ia susulan hasil usaha Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu.

Jadi dalam isu pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Malaysia akan terus bersuara dengan lantang untuk membantahnya. Malah Perdana Menteri pasti akan mencari jalan untuk memastikan suara Malaysia ini didengari oleh pentadbiran Trump.

Usahlah pertikai lagi keberanian dan ketegasan Datuk Seri Najib dalam isu Palestin. Datuk Seri Najib lebih berani dari Mahathir. Pernah nampak gambar Mahathir pergi Palestin? Tidak ada.

22 Januari 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza.

Semasa PAU2016, UMNO dan seluruh umat Islam bersolidariti dalam isu umat Islam Rohingya. Kali ini dalam PAU1017, UMNO sekali sudah menyatakan akan membela nasib umat Islam di Palestin.


Tulisan :
Beruang Biru
BB689, Jumaat
8 Disember 2017

UMNO Sudah Siap Sedia Berperang,
Tolak DAP & Pakatan Pembangkang

UMNO sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pembangkang dalam PRU14. Semangat sudah dipasak, aura perjuangan sudah disimbah, hanya menanti masa perang bermula.

Kebersamaan semua 2,718 orang perwakilan UMNO hari ini semakin kuat dan kukuh. Kesetiaan ahli UMNO pada parti tidak berbelah bahagi lagi.

3,644,295 orang sudah menjadi ahli UMNO sehingga 6 Disember 2017. Jumlah ahli UMNO meningkat beribu ribu orang dan tidak pernah berkurang. Berbeza dengan PPBM yang tidak berani langsung umum jumlah keahlian mereka.

Sejumlah 21,851 cawangan UMNO di seluruh negara. UMNO Bahagian Sidam di Sabah menjadi UMNO Bahagian paling tinggi keahliannya. UMNO Cawangan Kampung Batu Putih Darat di Bahagian Libaran Sabah menjadi cawangan UMNO paling ramai ahli di sesuatu cawangan UMNO.

95 orang delegasi luar negara mewakili 20 parti dari 16 buah negara hadir sama memerhati UMNO bersidang. 75 agensi media cetak dan elektronik dari dalam luar negara turut hadir sama.

Sayap Wanita UMNO sudah menyatakan peringatan tentang bahayanya agenda DAP dan pembangkang.

"Adakah kita sanggup menyerahkan negara yang sudah kita bina selama ini kepada pemimpin cauvinis yang agenda mereka amat membimbangkan kita semua" Tan Sri Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Sayap Pemuda UMNO pula memperingatkan tentang kesan buruk jika terlepas kuasa pada DAP dan pakatan pembangkang.

"Sekali Melayu kehilangan kuasa kerana berbalah dan bersengketa, musnahlah harapan dan masa depan bangsa. Sekali kuasa Melayu berpecah di peti undi, ia tidak mungkin bercantum kembali" Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sayap Puteri UMNO pula tegas menyatakan bahawa DAP adalah pakatan yang chauvinis dan berat sebelah.

"Negara tidak boleh meletakkan nasib kepada pakatan pembangkang yang penuh dengan kontroversi terutamanya DAP yang amat cauvinis dan bersikap berat sebelah" Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Hanya UMNO yang boleh diletak harap untuk menjunjung perjuangan agama, bangsa dan negara. UMNO yang mengetuai Barisan Nasional, bukannya seperti DAP yang menjadi ketua kepada pembangkang.

Lihat sahaja bagaimana biadapnya Zaid Ibrahim, ahli DAP menderhaka pada Sultan Selangor. Hingga Sultan Selangor bertitah murka pada ahli DAP itu.

"Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar besar dan tolong rakyat Kelantan, jangan cari rezeki di Selangor" titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor.

Baru jadi ahli DAP dan baru menjadi kerajaan di dua buah negeri, DAP sudah berlagak dan biadap hingga mencetus kemurkaan Sultan Selangor. Hanya semata mata hendak membela kenyataan menghina bangsa lain yang dibuat oleh Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan.

Amat bahaya memperjudikan nasib bangsa kepada pakatan DAP dan Pakatan Harapan ini. Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana tegas, komited dan bersungguhnya UMNO mempertahankan agenda bangsa dan agama dalam persidangan kali ini.

Beribu ribu ahli UMNO hadir untuk Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, tidak seperti PPBM yang hanya 12 orang sahaja hadir untuk mesyuarat mereka. Mesyuarat cawangan pun PPBM gagal adakan, bagaimana hendak menyelamatkan negara?

Ahli ahli UMNO sudah siap sepenuhnya berperang dalam PRU14 demi membela agama, bangsa dan negara. Bersiap sepenuhnya dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa untuk menolak DAP dan pakatan pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB687, Khamis
7 Disember 2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Berbekalkan rekod kejayaannya dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh dipertikaikan, Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO mampu menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang demi faedah rakyat jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.
Menyampaikan ucapan dasar pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2017, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan UMNO dam BN ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau ini, bahkan tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia.
Beliau berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk bersama kerajaan dalam mencapai agenda prgresif itu atau memilih pembangkang yang penuh dengan amalan kronisme dan pemerintahan ?kuku besi’.
“Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang dengan segala harapan pasti melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
“Atau…berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar di bawah cengkaman Dinasti DAP, bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita kembali ke masa purba dan silam, dengan amalan-amalan kronisme dan pemerintahan kuku besi,” katanya di hadapan lautan merah 5,628 anggota perwakilan daripada 191 bahagian UMNO seluruh negara.
Perdana menteri berkata UMNO dan BN merupakan parti untuk semua yang selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.
Beliau menegaskan UMNO juga bukan parti rasis malah diterima mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan berhemah.
“UMNO bukan antikaum Cina tetapi ternyata kaum Cina dan sebahagian juga kaum India turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang.
“UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional, tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya, parti berkaromah untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata UMNO dalam usia lebih tujuh dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik pemersatuan yang tidak ‘confrontational’ atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.
Sebaliknya, Najib berkata parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat hanya sibuk bersandiwara dan tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti, namun mahu mengambil alih pentadbiran negara.
Menarik perhatian, Najib berkata DAP sejak 50 tahun lalu hanya dikuasai penasihat dan dinasti anak beranak manakala PPBM gagal menguruskan hal ehwal mesyuarat parti itu.
“Parti Bunga Raya ini bukan nak mengata, maaf cakaplah, kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya. Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam tetapi berpakat dan sedang dijadikan perkakas oleh DAP yang terang-terang anti-Melayu dan Islam sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya,” tambahnya.
Katanya, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tergamak bersubahat dan bersekutu dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.
Justeru, Najib mengingatkan rakyat membuat pilihan yang tepat supaya apa yang dibina dengan susah payah selama ini tidak ranap, musnah dan hancur berkecai.
Beliau berkata jika silap membuat pilihan, agama Islam dan syiarnya akan diperlekeh dan dihina, kedudukan institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia selain institusi kebanggaan Melayu Bumiputera seperti Mara, Felda, Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Tabung Haji digagalkan objektifnya sekiranya pembangkang memerintah.
— BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perwakilan Pemuda UMNO memberi bayangan akan memberikan sokongan penuh jika Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, memutuskan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Sokongan itu dinyatakan secara tidak langsung ketika Perwakilan Pemuda UMNO Johor, Azman Jaafar, mengulas mengenai cadangan Khairy supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.


"Saya selaku Ketua UMNO Pasir Gudang menyahut seruan KJ (Khairy Jamaludin) bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang
"Ini bermakna ada lagi kekosongan kerusi bagi jawatan Naib Presiden. Jadi, masing-masing fikir sendirilah.

"Mudah-mudahan perjalanan KJ dalam memimpin perjuangan Pergerakan Pemuda ini akan diteruskan pada kelangsungan yang lebih tinggi," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ucapan Azman itu disahut tepukan dan sorakan lebih 900 perwakilan, selain ada yang melaungkan 'sokong' sebagai tanda bersetuju.

Terdahulu, Ketua UMNO Pasir Gudang itu berkata, Pemuda UMNO Johor menyokong saranan Khairy yang mahu pemimpin dalam kalangan sayap parti itu diangkat dan diberi ruang menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, beliau mengingatkan jika ada pemimpin Pemuda UMNO yang dipilih, mereka perlu benar-benar bersedia serta menjalankan tugas dan sentiasa turun padang bertemu akar umbi.

"Kita juga jangan 'bertembak' (bertelagah) sesama sendiri. Saya pasti ada antara kita yang memiliki pergeseran peribadi, namun menjelang PRU-14, pastikan kita rapatkan saf untuk memperjuangkan UMNO.

"Mudah-mudahan, perjalanan kelangsungan UMNO membela maruah orang Melayu dapat kita kekalkan pada masa depan serta menang pada PRU-14," katanya.

KUALA LUMPUR: Perjuangan membina, membentuk dan mengurus negara bukan boleh dibuat dengan air liur saja.

Sebaliknya, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abd Rahman, berkata ia memerlukan kepakaran, strategi serta bukti kemampuan.

Beliau memberi peringatan itu ketika menyentuh mengenai keghairahan sesetengah pihak yang terpengaruh dengan kempen 'menukar kerajaan' pada masa ini.

"Kerajaan BN terbukti responsif terhadap suara rakyat dan mendengar denyut nadi mereka.

"Beri kepercayaan kepada kerajaan untuk terus memerintah negara demi menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, keharmonian masyarakat dan meletakkan hala tuju serta aspirasi rakyat dalam tempoh 30 tahun akan datang melalui Transformasi Nasional 2050," katanya ketika membentangkan usul politik pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, hari ini.

Beliau turut menggunakan masa ucapan dengan mendendangkan beberapa bait lagu Negaraku, Sehati Sejiwa dan meminta perwakilan menyanyi bersama.

Zurina yang banyak menyentuh mengenai TN50, pendekatan yang bertujuan menggerakkan negara ke arah ekonomi maju, sekali gus mencapai sasaran untuk menjadi 20 negara terbaik di dunia.

KUALA LUMPUR: Pendirian tiga sayap UMNO yang sepakat mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan adalah keputusan terbaik dan tepat pada masanya.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan saja serasi, tetapi

tepat dengan momentum parti sekarang.

"Kedudukan parti sekarang kuat dengan akar umbi menyokong teguh selain menyaksikan penerimaan baik generasi muda yang mula beralih sokongan kepada UMNO," katanya pada program Bicara Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Laman Media PAU 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Program berkenaan dikendalikan Pengarang Bersekutu Ehwal Semasa BH, Kadir Dikoh, yang mengetengahkan polemik jawatan nombor satu dan dua dalam parti berikutan cadangan supaya kedua-dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

Nazir Hussin berkata, berkata apa yang penting ialah ahli perlu mengetepikan agenda peribadi atau niat meletakkan seseorang individu untuk merebut jawatan.

"Semalam Presiden (UMNO) memberikan bayangan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan diadakan dalam masa terdekat. Jadi tidak perlu merumitkan untuk pemilihan jawatan tertinggi hingga mengelirukan akar umbi.

"Gandingan ini perlu dikekalkan dan jawatan yang berikutnya diberikan kepada muka baharu sebagai pelapis," katanya.

Beliau berkata, UMNO adalah parti unik yang mengamalkan inklusif yang tiada pada parti lain.

"Ini warna-warni dan keunikan yang tiada pada pakatan (pembangkang) yang carca marba, teruk dan sesiapapun tidak boleh bersuara, malah boleh dipecat," katanya.

KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Wanita UMNO disaran tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang demi menjamin keutuhan momentum pergerakan.

Perwakilan Wanita UMNO Sabah, Rahimah Asrah, yang mengusulkan perkara itu berkata, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjalankan tugas sempurna dalam merangka pelbagai inisiatif sepanjang menyandang jawatan berkenaan.


Sehubungan itu, Rahimah berkata, penghormatan wajar perlu diberi kepada institusi kepemimpinan parti, sekali gus menjamin kelangsungan gerak kerja.

"Kekalkan Tan Sri Shahrizat, malah angkat beliau sebagai menteri penuh susulan pelbagai kudrat yang dicurahkan dalam membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Lakukan ini atas dasar perpaduan demi ibu terbaik bangsa (Shahrizat)," katanya membahaskan usul politik sempena Persidangan Wanita UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Rahimah turut mengusulkan 30 peratus nama calon Wanita BN Sabah yang berpotensi dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, pelaksanaan itu selaras gagasan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam peringkat pembuat dasar di negara ini.

"Berilah pertimbangan sewajarnya dengan bukan saja mengekalkan kuota sedia ada, tetapi menambah bilangan ini menerusi pencalonan mereka yang berpotensi," katanya.

Rahimah yang juga Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, menyuarakan tekad 35,000 jentera Jalinan Rakyat (JR) di 25 bahagian di Sabah akan terus memacu gerak kerja menjelang PRU-14.

Mengakhiri perbahasan, beliau yang tampil melaungkan 'Sabah tatap setia' mendendangkan lagu Keris 2314 untuk membangkitkan semangat 937 perwakilan berpakaian merah putih di Dewan Tun Dr Ismail.

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Umat ini lemah lesu
Nasib terbiar kian membisu
Siapa pembela selain daku

Nusa agama tanya merindu
Dengan berani ayuh lafazkan

Kebenaran sama di pertahankan
Takut hanya pada yang Esa
Segalanya kita sandarkan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela

Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Ingat kembali janji kita
Di alam roh dan di alam nyata

Amanah bara yang kita genggam
Maruah dibela bumi dijaga

Andai leka berangan selesa
Anak cucu milik durjana

Jika kita terus alpa
Dunia dijajah akhirat merana

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah kita gandakan

Wahai barisan pembela
Yang berjiwa satria

Tekad berteguh kesatuan
Kembalikanlah kekuatan

Ayuh bina peribadi
Imbaulah kemenangan silam

Kuat dan taat denyutan nadi
Gagah tamadun di bangunkan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah ayuh gandakan

Mari-mari kita mara
Ayuh sama kita bela
Gagah berani kita bertahan
Tangkas melangkah
Ayuh gandakan

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu ketepikan perkara remeh yang boleh menggugat kesepaduan parti dan terus memperkukuh jentera bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Puteri Bagan Datoh, Rohana Tarmizi, berkata masa untuk menentukan kelangsungan perjuangan parti sudah semakin suntuk, justeru ini bukan masanya untuk ahli terutama Puteri leka dan mengambil pusing mengenai perkara kecil.


"Kita sudah kesuntukan masa untuk 'beramok' (bertelingkah), 'bercakor' (bercakaran), kecil hati dan berdendam antara satu sama lain. Jenayah siber yang berleluasa pula memaksa kita berhadapan dengan DAP dan macai-macainya yang gemar mencari salah kita.

"Jangan tidak dapat baju atau 'power bank', kita sudah merajuk tidak mahu buat kerja langsung. Ketepikanlah perkara remeh dan kita mesti fokus pada PRU," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2017 di sini, hari ini.

Selain itu, Rohana juga menggesa 'pahlawan kekunci' UMNO menggunakan sepenuhnya media sosial untuk menangkis serangan pembangkang, selain menyebar dasar dan kejayaan yang dicapai kerajaan.

"Kita tahu pembangkang tidak kuat tetapi sebab kelemahan kita, mereka dilihat menonjol. Justeru, kita perlu bersatu di belakang Presiden dan kepemimpinan parti supaya dapat hindarkan kita daripada bercerai roboh," katanya.

Beliau turut menekankan perjuangan Puteri bukan bermusim kerana pergerakan itu kekal komited untuk mendekati golongan muda menyertai dan menyokong UMNO melalui pelbagai projek serta program yang dirancang.

"Walaupun nampak lembut tapi jiwa kami kental, terutama jika buat kerja, memang bersungguh-sungguh. Kalau kami tak jadi calon, kami tidak kisah dan akan terus bekerja memastikan kemenangan kita pada PRU nanti," katanya.

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggunakan slogan 'You'll Never Walk Alone' (Anda tidak akan berseorangan) untuk merampas empat kerusi Parlimen di sini yang dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pemuda UMNO Segambut, Baidzawi Salleh Hamdi, berkata menerusi slogan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bekerja dalam satu saf walau dalam apa juga keadaan, sama ada susah atau senang untuk membantu pucuk kepemimpinan parti.


"Presiden Parti (Datuk Seri Najib Razak); Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak akan bekerja bersendirian.

"Pemuda UMNO akan membantu dalam apa juga keadaan sama ada susah atau senang," katanya ketika ditemui BH selepas membahaskan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sempena Persidangan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Najib turut meluangkan masa 15 minit untuk mengikuti perjalanan Persidangan Pemuda UMNO.

Mengenai empat kerusi sasaran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Baidzawi berkata ia meliputi Parlimen Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju dan Batu.

Katanya, selain Lembah Pantai, pihaknya turut meminta kerusi Bandar Tun Razak ditandingi UMNO atas faktor ramai pengundi Melayu di kawasan berkenaan.

"Dalam pilihan raya lalu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi empat kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa, Setiawangsa dan Labuan. Kita mahu menambah empat lagi kerusi dalam PRU-14," katanya.-Berita Harian

KUALA LUMPUR: DAP adalah "tangan ghaib" yang mengawal pentadbiran kerajaan negeri Selangor biarpun Menteri Besarnya adalah daripada PKR.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar, berkata Selangor hari ini berada dalam keadaan yang sangat bergelora dan UMNO harus mengambil kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan penuh tipu daya yang mereka lakukan terhadap rakyat.


Katanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang dimomokkan dengan gelaran "kerajaan Rakyat" selepas mereka menawan negeri itu.

"Namun setelah dua penggal memerintah, terbukti DAP adalah tangan ghaib yang mengawal pentadbiran dan pembangunan di Selangor. (Datuk Seri Mohd) Azmin Ali yang dipilih oleh PAS sebagai calon Menteri Besar tetap dijadikan boneka oleh DAP. Kita ada buktinya.

"Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh, daripada DAP telah menolak usul berkenaan memperkasakan mahkamah syariah di Selangor. Orang yang sama juga menolak usul kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan (Tun Dr) Mahathir. Apa yang Azmin buat? Ibarat pekak tiada gegendang, ibarat bisu tidak berlidah.

"Bayangkan pandangan DAP seakan 'mengawal' Dewan Undangan Negeri. Memang betul Menteri Besar Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa yang menjadi Speaker? Dengan kuasa yang ada pada DAP ini kita boleh melihat bagaimana DAP melayan 'kehendak Melayu dan Islam'," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Jefrizal berkata, harga rumah di Selangor juga berkait rapat dengan dasar Kerajaan DAP Selangor yang lebih menguntungkan kapitalis dan sebagai pembawa wadah orang muda, isu rumah bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Selangor berhasrat untuk mengembalikan semula kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), satu badan yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

"PKNS adalah satu badan yang mampu menyekat pemaju daripada menaikkan harga rumah sesuka hati mereka. Ia sepatutnya menjadi jambatan di antara pemaju dan pembeli.

"Namun sayang seribu kali sayang PKNS kini tidak berfungsi mengikut apa yang sepatutnya dan kerana itu pemuda menekankan supaya kita berjanji kepada rakyat bahawa harga rumah mampu diturunkan di Selangor jika kita mengambil semula Selangor.

"Buktinya kerajaan persekutuan mampu membina rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga yang berpatutan. Belum ambil kira bagaimana Kementerian Wilayah mampu membina rumah transit dan rumah sewa milik. Ini adalah bukti yang menunjukkan kerajaan mampu mengawal harga rumah," katanya.-Berita Harian

KUALA LUMPUR: DAP adalah "tangan ghaib" yang mengawal pentadbiran kerajaan negeri Selangor biarpun Menteri Besarnya adalah daripada PKR.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar, berkata Selangor hari ini berada dalam keadaan yang sangat bergelora dan UMNO harus mengambil kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan penuh tipu daya yang mereka lakukan terhadap rakyat.


Katanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang dimomokkan dengan gelaran "kerajaan Rakyat" selepas mereka menawan negeri itu.

"Namun setelah dua penggal memerintah, terbukti DAP adalah tangan ghaib yang mengawal pentadbiran dan pembangunan di Selangor. (Datuk Seri Mohd) Azmin Ali yang dipilih oleh PAS sebagai calon Menteri Besar tetap dijadikan boneka oleh DAP. Kita ada buktinya.

"Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh, daripada DAP telah menolak usul berkenaan memperkasakan mahkamah syariah di Selangor. Orang yang sama juga menolak usul kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan (Tun Dr) Mahathir. Apa yang Azmin buat? Ibarat pekak tiada gegendang, ibarat bisu tidak berlidah.

"Bayangkan pandangan DAP seakan 'mengawal' Dewan Undangan Negeri. Memang betul Menteri Besar Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa yang menjadi Speaker? Dengan kuasa yang ada pada DAP ini kita boleh melihat bagaimana DAP melayan 'kehendak Melayu dan Islam'," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Jefrizal berkata, harga rumah di Selangor juga berkait rapat dengan dasar Kerajaan DAP Selangor yang lebih menguntungkan kapitalis dan sebagai pembawa wadah orang muda, isu rumah bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Selangor berhasrat untuk mengembalikan semula kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), satu badan yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

"PKNS adalah satu badan yang mampu menyekat pemaju daripada menaikkan harga rumah sesuka hati mereka. Ia sepatutnya menjadi jambatan di antara pemaju dan pembeli.

"Namun sayang seribu kali sayang PKNS kini tidak berfungsi mengikut apa yang sepatutnya dan kerana itu pemuda menekankan supaya kita berjanji kepada rakyat bahawa harga rumah mampu diturunkan di Selangor jika kita mengambil semula Selangor.

"Buktinya kerajaan persekutuan mampu membina rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga yang berpatutan. Belum ambil kira bagaimana Kementerian Wilayah mampu membina rumah transit dan rumah sewa milik. Ini adalah bukti yang menunjukkan kerajaan mampu mengawal harga rumah," katanya.













Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget