Zuraida Kamaruddin Bukan Lulusan U Singapura

Zuraida Kamaruddin malam tadi nafi pernah mendakwa dia lepasan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ketika orang ramai mempersoalkan kelayakan akademi pemimpin Pakatan Harapan.

Menteri kerajaan tempatan dan perumahan itu menjadi perhatian selepas warga internet gagal menemui nama naib presiden PKR itu di laman pengesahan ijazah NUS.

Zuraida tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana orang untuk mendakwa dia lepasan NUS.

“Saya juga tidak betanggungjawab kepada apa-apa kemasukan maklumat yang tidak benar dalam Wikipedia yang mendakwa konon saya kelulusan NUS,” katanya dalam kenyataan, ketika laman ensiklopedia dalam talian itu disunting untuk menonjolkan universitinya yang sebenar.

Warga internet berkongsi infografik Bernama ketika Zuraida mengangkat sumpah menteri pada Mei yang mendakwa dia memiliki ijazah sains sosial daripada NUS.

Zuraida mengesahkan kepada FMT bahawa Bernama ketika itu tidak mengesahkan maklumat itu dengan pihaknya, dan dia juga meminta satu laman berita membetulkan infografiknya.

Di laman Wikipedia mengenai Zuraida tertera dia seorang lepasan sains sosial daripada Universiti Harvard.

Zuraida membidas suntingan itu sebagai kerja “gila”. Difahamkan suntingan itu dibuat oleh seseorang yang tidak berdaftar hari ini.


Bulan lepas, laman Wikipedia itu diubah kepada Zuraida seorang lepasan sains sosial di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Singapura.

Selain Zuraida, warga internet turut mempersoalkan kelayakan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan Menteri Besar Johor, Osman Sapian.

Perkembangan ini selepas selepas Timbalan Menteri Luar Negeri, Marzuki Yahya dituduh memiliki “ijazah palsu” daripada Universiti Antarabangsa Cambridge (CIU) di Amerika Syarikat, dan bukan daripada Universiti Cambridge yang terkenal di serata dunia.

Ia hanya diketahui selepas seorang warga internet menyunting laman Wikipedia untuk Marzuki baru-baru ini.

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget