KULAI – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian enggan memberi sebarang keterangan kepada media berhubung dakwaan sijil ijazah dan diploma palsu yang dimilikinya.
Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripadanya juga tidak berjaya apabila Osman terus beredar selepas selesai menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Kulai, Johor.
Ketika ditanya berhubung dakwaan itu, Osman hanya tersenyum.
Sebelum terus berjalan menuju ke kereta Toyota Alphard yang membawanya pergi meninggalkan majlis.
Osman sebelum itu menghadiri majlis rumah terbuka dan penyerahan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2019 anjuran Yayasan Sejahtera Kulai, di Johor.
Media melaporkan orang ramai mula ragu dengan kelayakan akademik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu selepas cerita sijil palsu Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya tersebar.
Osman kononnya didakwa memiliki ijazah dan diploma perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).
Malah hasil carian di Facebook Ops Johor, neziten mula mempersoalkan kelayakan Osman.
Ada netizen yang memeriksa bahawa UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985.
Manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di univeristi itu. – Awani
Post a Comment