DAP Yang Tentukan Semuanya Dalam Pembangkang, Termasuklah Pesta Arak

DAP yang berkuasa penuh dalam pembangkang. DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. Ini kerana DAP yang punyai kerusi paling banyak dalam Pakatan Harapan iaitu sejumlah 37 kerusi parlimen. Lihat statistik di pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/03/parti-satu-kerusi-tidak-layak-jadi.html

Parti Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja. Tidak layak bercakap apa pun. Paling jelas adalah dalam isu pesta arak. Tiada siapa yang berani mencabar keputusan DAP untuk membenarkan pesta arak itu diadakan.

Ahli ahli parlimen dari DAP seperti Tan Kok Wai (Ahli Parlimen DAP Cheras), Fong Kui Lun (Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang), Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh), Tan Kee Keong (ADUN DAP Kuala Kubu Bharu) dan Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) membantah keputusan DBKL mengharamkan pesta arak yang mahu diadakan di Publika.

Pesta arak yang mahu menghidangkan 250 jenis arak dari 43 negara itu mahu dibenarkan oleh DAP. Dua exco kanan DAP di Selangor juga meminta agar pesta arak ini diteruskan.

Naib Pengerusi DAP Selangor , Teng Chang Khim memberi amaran kepada PAS mengenai pesta arak. Teng berkata "jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS,"

Dengan selamba sahaja PAS kena kutuk dengan DAP mengenai pesta arak. Azmin Ali tengok sahaja PAS kena balun dengan DAP mengenai pesta arak. Nampak sangatlah Azmin Ali lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Hayat PAS tidak lama jika begini. PRU14 ini sudah pasti PAS akan dikuburkan. Sikap Azmin dalam isu pesta arak ini jelas sekali memihak kepada apa yang dikehendaki DAP. Manakala parti PAN pula tutup mulut, seronok melihat PAS kena balun dengan DAP.

Sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan campuran PKR dan DAP, sudah enam tahun berturut turut Better Beer Festival dianjurkan. Acara yang diadakan untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini dianjurkan oleh MyBeer (M) Sdn Bhd.

Mana PKR dan PAS berani dengan DAP di Selangor. Menteri Besar pun tidak berani. Apa yang DAP hendak, mereka ikutkan sahaja tanpa banyak soal dan tanya.

PAN pula jadi tukang nasi tambah untuk hentam PAS. Dengan kuasa yang ada, DAP telah 'mengarahkan' pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali untuk menghentam mereka yang anti pesta arak melalui portal Roketkini.com.

Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang juga bantah keputusan DBKL untuk mengharamkan pesta arak di Publika. Guan Eng kata tidak wajar haramkan pesta arak demikian kerana alasan sensitiviti.

Guan Eng kata di festival Hungry Ghost Taoist ada cara hidangkan babi, apakah acara hidang babi ini juga hendak diharamkan selepas ini kerana sensitiviti? Guan Eng ada niat hendak anjur pesta hidang babi kah selepas ini?

Kenapa Guan Eng tidak ambil contoh di Scotland. Menurut laporan Media Independent, 21 September 2017, Scotland pun menolak lesen pesta arak Oktoberfest Glasgow kerana orang ramai terlalu mabuk tahun lepas. Hak asasi apa jika ianya memudaratkan orang lain.

Malah Guan Eng dan DAP kena faham, pesta arak tidak dibenarkan dianjurkan bukan kerana sensitiviti tetapi kerana soal keselamatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Bukan sekadar pesta arak, pesta gay pun mahu dianjurkan oleh kumpulan kumpulan LGBT di Malaysia ini.Pesta Gay White Party Bangkok yang mahu dianjurkan di Kuala Lumpur pada 30 September 2017 juga telah diharamkan oleh kerajaan.

Kita semua tahu, siapa sebenarnya yang menyokong kumpulan LGBT dan gerakan songsang ini. Berdemo tuntut desakan yang bukan bukan di Sogo pada 10 September lepas. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/kerana-kejar-kuasa-soal-agama-ditolak.html

Kenapa waktu sekarang mahu anjurkan semua pesta ini? Mahu tarik sokongan dan undi? Semuanya kerana kuasa, soal agama ditolak ke tepi habis oleh semua pemimpin pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan.

Dalam Pakatan Harapan, DAP tidak boleh dibantah dan ditegur langsung. Ada dengar mana mana pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan kritik kenapa banjir di Pulau Pinang teruk, isu kilang haram di Sungai Lembu dan isu isu rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang.

Tidak berbunyi langsung. Guan Eng yang kena kes rasuah di mahkamah pun, Mahatir tidak berani jentik langsung sekarang. Apatah lagi hendak buat segala pesta ini sekarang ini. Bila DAP bantah, menikus habis semua pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Banyak nama nama Melayu di bahagian atas organisasi Pakatan Harapan. Dalam isu pesta arak ini mereka tidak berani bersuara. Tutup mulut kerana takut dengan DAP. Apa boleh buat, DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.


Tulisan:
Beruang Biru
BB592, Rabu
27 September 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget