Banjir Pun Tidak Mampu Selesai, Ada Hati Hendak Bina LRT

Bukan main sombong lagi Guan Eng semalam. Berlagak tidak kena tempat. Patutlah orang panggil Guan Eng sebagai ‘tokong” DAP. Ini kenyataan berlagak Guan Eng.

"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT” kata Guan Eng semalam dalam satu ceramah di Bayan Baru.

Hendak salahkan Perdana Menteri pula sebagai punca Guan Eng gagal buat LRT. Ini satu lagi hujah bodoh Guan Eng.

Yang perlu rakyat Pulau Pinang tukar adalah Guan Eng dan kerajaannya. Apa rakyat Pulau Pinang hendak tunggu sampai Pulau Pinang tenggelam baru hendak tukar Guan Eng? Hendak buat LRT apanya, masalah banjir pun Guan Eng terkial kial menyelesaikannya.

Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng sudah gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kerajaan DAP yang ditadbir oleh Guan Eng gagal kerana sudah menggadai tanah Pulau Pinang, gagal kerana banyak kilang sudah ditutup, gagal kerana terlibat dengan rasuah dan gagal atasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Beruang Biru sebelum ini sudah mengupas 10 kegagalan Guan Eng ini. Baca pautan berikut ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/10-dosa-dosa-guan-eng-yang-rakyat-pulau.html#.Wch-3sZx3IU

Ini bukti bahawa Guan Eng gagal, itu belum termasuk isu kilang haram yang membabitkan kematian tujuh orang penduduk di Sungai Lembu dan ribuan orang lagi mengalami masalah kesihatan.Juga gagal diselesaikan oleh Guan Eng.

Baru baru ini, Guan Eng mengaku terlupa salur RM22 juta untuk buat projek tebatan banjir. Sebelum itu lagi, Guan Eng sudah dapat RM40 juta duit tebatan banjir di Bayan Baru dan RM150 juta yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat. Mana hilang semua duit itu? Banjir tetap juga berlaku.

Hendak tukar Datuk Seri Najib macam mana? Duit bantuan selesaikan banjir pun Guan Eng minta dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib. Pada 7 November 2016, di Dewan Rakyat, Guan Eng telah meminta bantuan daripada Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

“Kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta dan tentunya saya akan minta pegawai saya menghubungi kementerian untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) secepat mungkin” kata Guan Eng. Secepat mungkin?

Sesudah hampir setahun berlalu, banjir tetap juga berlaku. Guan Eng kata ada RM22 juta terlupa salur. Kerajaan BN Pusat sudah beri duit yang diminta Guan Eng. Bila dapat duit, mengapa banjir tetap juga berlaku? Ini salah Guan Eng sebenarnya, dia yang gagal sebenarnya hendak uruskan masalah banjir ini.

Menyelesaikan masalah banjir bukanlah perkara yang boleh dibuat main oleh Guan Eng dan DAP. Janji selesai banjir ini terkandung dalam manifesto DAP dan Guan Eng. Janji Guan Eng yang tidak boleh dipakai langsung.

Ini yang Guan Eng sebut pada 15 Disember 2013, “Kami berjanji. Kalau kami menang di Pahang dan kalau kami (DAP) menang di Putrajaya. Beri kami satu penggal dan banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan” . Kata kata Guan Eng ini disebut dalam ucapannya di Konvensyen DAP di Shah Alam.

Bila Kelantan banjir besar pada penghujung tahun 2014, bukan main lagi Guan Eng hina Kelantan dan tuduh kerajaan PAS sebagai rasuah kerana gagal atasi banjir.

“Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja” kata Guan Eng dalam Sin Chew Daily pada 27 Januari 2015.

Hari ini, siapa sebenarnya yang perasuah dan gagal atasi banjir setelah wang dari kerajaan pusat pun sudah disalur untuk projek atas banjir? Siapa yang masih ada kes rasuah di mahkamah? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Guan Eng sendiri.

Tahun 2016, bila banjir berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng kata salah kerajaan BN dan minta kerajaan BN yang salur pampasan. Tahun ini, Guan Eng sendiri sudah hilang akal hendak salahkan siapa lagi. Duit tebatan banjir sudah kerajaan BN beri, maka Guan Eng mula menyalahkan ribut sebagai punca banjir.

Banjir belum mampu hendak diselesai. Duit kos kajian terowong sampai RM305 juta. Sejumlah RM135 juta sudah pun diserah pada kontraktor untuk buat kajian terowong. Duit mangsa banjir beri RM400 sahaja, tetapi untuk kaji terowong masih belum siap siap sudah habis sampai berjuta juta.

Inilah cekapnya kerajaan DAP menggunakan duit. Kos kajian terowong lebih penting dari mangsa banjir. Itu pun ada angan angan hendak buat LRT, yang kosnya RM27 billion lebih mahal dari buat MRT yang hanya berkos RM21 billion untuk 51km dan ada 31 stesen.

Berbanding LRT yang Guan Eng hendak buat yang panjangnya hanya 15km dari Komtar ke Bayan Baru yang telan belanja RM6 billion lebih mahal dari buat MRT. Bagaimana boleh sebegitu mahal LRT yang Guan Eng hendak buat ini?

Berapa kos kajiannya? Adakah empat kali ganda mahal seperti kos kajian terowong? Datuk Seri Najib buat MRT lebih murah berbanding LRT yang dicadang Guan Eng. MRT yang dibuat adalah lebih moden dan setaraf dengan kemudahan yang ada di luar negara.

Guan Eng perlu cermin muka sendiri. Usahlah cakap benda yang boleh menampakkan kebodohan diri sendiri. Eloklah Guan Eng tiru macam Mahathir, naik dulu MRT dan rasainya sendiri.

Barulah dapat beza antara LRT dan MRT. Banjir pun tidak mampu selesai, ada angan angan hendak buat LRT. Lagi sedih bila tengok Guan Eng sendiri tidak tahu beza mana satu lebih baik antara LRT dan MRT.


Tulisan:
Beruang Biru
BB589, Isnin

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget