1MDB : Trump Tahu Najib Tidak Bersalah


"Mr. Prime Minister Najib, it’s a great honor to have you in the United States and in the White House. And thank you everyone for being here" kata Donald J Trump ketika bertemu dengan Datuk Seri Najib.

Donald J Trump sebelum ini hanya dikenali rakyat Malaysia menerusi rancangan The Apparentice. Lihatlah bagaimana Trump melayan peserta Apparentice, cukup serius dan tegas sekali. Ada protokolnya sendiri.

Namun semalam, Trump melayan Datuk Seri Najib sebagai sahabatnya. Bersalam, berbual dan bertepuk bahu macam sahabat karib. Malah Trump mengiringi Najib hingga ke muka pintu luar White House.

Luar dari kelazimannya, Trump hanya menghantar pemimpin utama yang datang ke White House hingga lantai utama sahaja.

Trump tahu isu 1MDB yang dibangkitkan DoJ dan WSJ adalah satu tuduhan semata mata.
Trump tahu Datuk Seri Najib tidak bersalah. Pembangkang buntu melihat keakraban Trump dan Najib semalam.

Hingga terpaksa buat cerita perbincangan hanya berlansung 5 minit sahaja dan tali leher biru hanya untuk majlis santai. Bincang hanya 5 minit, tidak benar sama sekali. Delegasi Malaysia dan US berbincang isu Rohingya selama 50 minit. Perbincangan tentang perdagangan dilakukan lebih lama lagi.

Malah percakapan antara Trump dan Najib dari pintu kereta masuk ke bilik mesyuarat dan dari bilik mesyuarat ke pintu luar lebih lama lagi.
Trump berkata kepada pegawainya, "Najib sahabat saya" ketika diingatkan oleh pegawainya tentang protokol hanya hantar di lantai utama.

Ini bermakna, Trump percaya pada Perdana Menteri kita. Dalam ucapan pembukaannya, Trump benar-benar menghargai kehadiran Najib dan delegasi Malaysia ke pusat pentadbiran AS itu.

Tali leher biru bukan isu. Tali leher biru juga Trump pakai masa jumpa Putin, jumpa Justin Trudeau dan King Salman. Tuduhan pembangkang ini mengarut sama sekali.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kena "troll" balik kerana buat tuduhan dangkal tentang masa perjumpaan dan hotel penginapan. Melihat bagaimana Trump melayan Najib, tidak menjadi masalah kalau Trump melayani Najib duduk di hotel miliknya sendiri. Hanya tetamu istimewa yang diraikan di luar kelaziman dan protokol biasa.

Najib dalam lawatannya ke Washington DC juga telah memaklumkan kepada ahli-ahli korporat AS, bahawa ada kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

"Tindakan itu merupakan sebahagian percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu pusingan pilihan raya," kata Najib semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS.

Trump dan ahli ahli perniagaan di Amerika Syarikat menerima baik penjelasan yang diberikan Najib. Tidak perlu pertikai urusniaga MAS, KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat.

Tahun 2016, Malaysia mengimport barangan dari Amerika Syarikat dengan nilai RM55.7 billion. Bagi 7 bulan pertama tahun 2017, nilai import dari Amerika Syarikat bernilai RM43.2 billion.

Amerika Syarikat pula membeli barangan Malaysia dengan nilai eksport RM80.2 billion. Nilai yang Amerika beli adalah lebih besar. Malaysia mempunyai lebihan dagangan (trade surplus) dengan Amerika Syarikat. Rugilah kalau terus dengar hujah bodoh Rafizi, Azmin dan Nik Nazmi.

Pembangkang Malaysia terkangkang semalam. Apa lagi isu hendak dibangkang bila Trump juga tidak melayan isu 1MDB. Terpaksalah buat cerita pasal tali leher dan hotel. Propaganda mengarut yang jelas sekali tidak menjejaskan langsung hubungan baik Trump dan Najib.


Tulisan :
Beruang Biru
BB577, Khamis
14 September 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget