UMNO Terbukti Parti Melayu Yang Perjuangkan Masa Depan Semua Bangsa

Sudah terang lagi bersuluh UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan hak mereka. Selepas 71 tahun, ia terus memayungi perjuangan orang Melayu, agama Islam dan tanah air.

Namun pada masa sama, UMNO juga bukan sebuah parti rasis atau perkauman sebaliknya turut sama memperjuangkan kepentingan semua kaum dan etnik di negara ini.

Sejak sebelum merdeka, UMNO sudah menjadi parti yang memimpin semua rakyat Malaysia dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membebaskan negara daripada penjajahan British.

Malam tadi, UMNO terus membakar semangat pembangunan dalam sanubari rakyat Malaysia apabila menyambut ulangtahun ke-71 dalam satu sambutan bersejarah yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia dimeriahkan dengan kehadiran 150,000 orang yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan keramat di stadium itu, Najib mengatakan bahawa UMNO hari ini kekal kuat kerana ia sentiasa berpegang pada asas perjuangan parti yang berteraskan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta untuk seluruh rakyat di negara ini.

UMNO adalah satu-satunya parti demokrasi yang kekal memerintah di dunia ini sehingga sekarang. Parti pimpinan Najib sentiasa kekal konsisten dan relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain ada wawasan dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara.

Berbeza dengan pembangkang, ia tidak memperjuangkan agenda rakyat sebaliknya memperjuangkan agenda mereka sendiri untuk tujuan tertentu.

Tapi, UMNO tidak terpedaya dengan anasir luar, pengaruh jahat dan hasutan nakal untuk mementingkan kuasa, kekayaan dan kebendaan sebaliknya mementingkan rakyat yang paling utama.

"Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.

"Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia.

"Kita sentiasa relevan kerana dasar perjuangan yang kita amalkan dan laksanakan sesuai mengikut era dan zaman sama ada ketika menentang Malayan Union atau (era) pasca kemerdekaan, membangunkan kawasan luar bandar, era perindustrian dan menuju 30 tahun lagi kepada zaman Transformasi Nasional (TN50)," kata Najib ketika berucap di hadapan lautan merah pada perhimpunan bersejarah itu malam tadi.

Dengan kehadiran sebegitu besar, jelas iltizam dan tekad UMNO mahu berkuasa lagi dengan bukti parti keramat itu masih kukuh memperjuangkan masa depan rakyat dan negara.

Komitmen itu pasti disertakan dengan keinginan untuk UMNO dan BN menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang untuk terus mendapat mandat memimpin negara.

Perhimpunan semalam pastinya memberikan tamparan kepada pembangkang, bagaimana gelombang lautan merah terus kekal relevan sepanjang masa, bak kata Najib, UMNO boleh hidup 1,000 tahun lagi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB423, Jumaat
12 Mei 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget