Pakatan Harapan Tidak Stabil Dan Pakar U-TURN

Memang benarlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pakatan Harapan (PH) ini sebenarnya tidak ada idea tapi suka mengkritik apa yang kerajaan lakukan.

Selepas membantah habis-habisan, mereka akan kembali membuat pusingan "U Turn" tetapi dengan membuat pembaharuan terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan, seolah-olah ia adalah cadangan mereka sendiri.

Contoh paling dekat adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan. Dulu pembangkang bukan main lagi membantah GST sampaikan himpunan jalanan diadakan semata-mata mahu menggagalkan cukai berkenaan.

Masalahnya mereka tidak pula mengemukakan cukai baru bagi menggantikan GST. Tak lama kemudian, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan GST jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Itu kisah GST, sama juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Dulu Mahathir, penasihat pakatan pembangkang bukan main lagi menyerang Najib dengan alasan BR1M adalah rasuah, yang diberikan semata-mata untuk menarik perhatian pengundi.

Bukan itu sahaja, Mahathir turut menuduh BR1M sebagai dedak yang diberikan oleh kerajaan. Sampai begitu sekali penerima BR1M dihina tapi akhirnya dia memberi bayangan bantuan berkenaan akan dikekalkan sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya.

Sikap "U-Turn" pembangkang ini tidak terhenti di situ saja malah banyak lagi. Soal hubungan Malaysia dengan China turut dijadikan isu kononnya Najib mahu menjual kehormatan dan kedaulatan kepada negara China tatkala beliau membawa masuk banyak pelaburan dari negara tersebut.

Mereka tidak senang dengan kejayaan Najib menandatangani perjanjian perdagangan berjumlah RM144 billion bilion selepas lawatan Perdana Menteri ke negara itu.

Selepas menyerang kerajaan bertalu-talu dalam isu melibatkan hubungan dengan China ini, tidak lama kemudian sekeping gambar yang telah dimuatnaik di Facebook oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, menunjukkan beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng turut melawat Duta Besar Cina Ke Malaysia, Huang Huikang.

Apa tujuan lawatan delegasi DAP itu? Mereka tahu China adalah kuasa dunia, justeru adalah bodoh bagi sesiapapun untuk memutuskan hubungan dengan negara berkenaan.

Nampaknya trend pusingan "U Turn" ini semakin menjadi-jadi, mungkin sebab sekarang dah hampir dengan PRU maka ia adalah jalan terbaik untuk menarik sokongan rakyat kerana PH memang tiada idea, kalau tidak masakan hendak mencipta logo parti pun sampai heboh satu negara.

Terpaksa meminta cadangan daripada penyokongnya pula selepas tiga logo yang dicadangan ditolak ramai dan dikatakan buruk pulak tu.

Bahaya untuk kita memberi peluang kepada pakar "u-turn" ini untuk memerintah negara, kelak banyak dasar-dasar yang akan dipusingkan balik.

Ekonomi dan kemajuan negara harus bergerak ke hadapan dan terus maju. Kalau ekonomi dan kemajuan negara tidak stabil dan bersikap pusingan U Turn, ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk kemakmuran negara

Tulisan :
Beruang Biru
BB416, Isnin
8 Mei 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget