71 Tahun UMNO Berbakti, 51 Tahun DAP Berkuku Besi

Hari ini, hakikatnya satu sejarah akan tercipta di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila kira-kira 150,000 orang ahli UMNO akan berhimpun malam ini bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-71 parti UMNO.

UMNO, parti yang sudah lama bertapak dan terpahat di hati rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang berbudi serta berbakti.

Nafas parti keramat orang Melayu ini bermula pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru dan sehingga hari ini, parti ini tidak pernah leka dan berhenti dari mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat di seluruh pelusuk negara, tanpa mengira apa warna kaum dan agama.

Angka 71 tahun sebenarnya bukan tua, ia adalah simbol kekuatan parti UMNO yang masih gah berdiri sebagai sebuah parti teras dalam gabungan biru Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sejak kemerdekaan lagi.

Di hati semua rakyat, UMNO sudah terbukti selama ini berjasa dan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat dari segi pembangunan, sosio ekonomi, pendidikan, kos sara hidup serta isu isu infrastruktur rakyat.

Tidak boleh dinafikan sama sekali, angka 71 tahun cukup untuk membuat puluhan juta rakyat terhutang budi dengan UMNO kerana titian masa hidup mereka sejak lahir sehingga dewasa dibayangi jasa dan bakti parti terbesar orang Melayu itu.

Bagi mereka yang merasai fasa awal negara ini merdeka, mereka tetap teguh dan kekal mengundi UMNO pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) kerana budi yang UMNO curahkan telah memastikan mereka dan keluarga mereka berjaya mendapatkan kehidupan sejahtera di negara ini.

Perhimpunan malam ini adalah satu manifestasi terima kasih pengundi dan ahli buat parti yang sudah lama berbudi pada pertiwi.

Bakti UMNO tersemat di sanubari ahli. Mereka hadir secara rela hati untuk beri sokongan kepada UMNO, parti yang berbudi dari dulu hingga kini.

Bukan macam parti DAP. Apakah berani DAP buat perhimpunan besar seperti malam ini? Mana DAP hendak berani, ahli mereka tahu siapa yang sedang menguasai parti. Sejak 51 tahun lalu, hanya ada satu nama sahaja, iaitu Lim Kit Siang.

DAP pemilihan parti pun sudah mahu tipu ahli. Apa keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC)? Sudah lebih 4 tahun, masih lagi misteri.

DAP sampai sekarang masih tak selesai lagi urusan CEC ini. Ahli-ahli DAP terus diperbodohkan pemimpin mereka yang kuku besi.

Ramai sudah keluar parti kerana amalan kuku besi. Kit Siang tidak kisah nasib ahli, hanya kisahkan nasib Ketua Menteri, anaknya sendiri.

DAP pakai nama sahaja demokrasi, tapi parti penuh dengan kroni. Siapa bangkang kena tolak ke tepi. Di Melaka dan Penang ramai yang sudah keluar parti.

Kit Siang tidak peduli. Apa perlu berbakti dan berbudi, bagi DAP paling penting mainkan persepsi. Biar rakyat keliru dan terus sangsi.

Enam kawasan parlimen Kit Siang sudah lari. Dengan Mahathir ke sana ke sini. Bagai pasangan dua sejoli. Kedua duanya hanya fikir anak sendiri bukannya ahli.

DAP yang kuasai pembangkang kini. Mereka paling banyak kerusi. Malam ini mereka pasti iri hati. Melihat stadium penuh diisi.

Ketika parti yang pernah kuat dan lama di negara lain tumbang satu persatu dalam pilihanraya di Jepun, Indonesia, Britain dan Australia, UMNO masih gagah kekal berdiri sebagai parti majoriti di negara ini.

UMNO terus kuat dan kuat serta kekal juara di hati rakyat di bawah pimpinan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lautan merah bakal mengegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Bukti UMNO parti yang penuh tradisi dan demokrasi. Tidak seperti parti yang mendakwa demokrasi, tetapi amal kukuh besi, kroni dan pilih anak sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB420, Khamis
11 Mei 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget