Kenapa Mahathir Tidak Perlekeh Raja Salman Sepanjang Baginda Berada Di Malaysia?

Hari ini, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud akan berlepas dari bumi Malaysia untuk ke Indonesia selepas empat hari mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sejak Ahad lepas.

Sepanjang tempoh itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengeluarkan langsung sebarang kenyataan berkaitan wang derma RM2.6 bilion. Sebelum ini Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu bahawa ia adalah derma dari Keluarga Diraja Arab Saudi.

Mahathir mempunyai peluang dan ruang untuk membuat kenyataan bertanyakan penjelasan sebenar dari Raja Salman serta Kerajaan Arab Saudi sendiri tetapi Mahathir memilih untuk membisu.

Dahulu, Mahathir mengatakan bahawa tiada Tok Arab yang memberikan derma kepada Malaysia. Tok Arab gila pun takkan bagi RM2.6 bilion, kata Mahathir.

"Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu," kata Mahathir pada 8 Disember 2015 dalam Free Malaysia Today.

26 Ogos 2015, Mahathir menyatakan beliau tidak percaya RM2.6 billion adalah duit derma. "Saya tak percaya ia derma. Saya tidak percaya ada orang yang sanggup beri sama ada Arab atau sesiapa sahaja" kata Mahathir pada Financial Times.

Pada 5 Oktober 2015, Mahathir berkata "Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta juta. Curi la, curi duit" katanya dalam satu ceramah di Tawau, Sabah.

Paling teruk Mahathir panggil tok arab sebagai "bullshit". Pada 10 Ogos 2015, Mahathir menulis dalam blognnya dengan ayat berikut "dakwaan bahawa Arab menderma billion ringgit adalah apa yang masyarakat istilahkan sebagai "hogwash" atau "bullshit".

Tuduhan tuduhan Mahathir ini akhirnya akan hanya tinggal tuduhan semata mata. Mahathir tidak berani pun bertentang mata bertanya pada Raja Salman tentang RM2.6 billion.

Semua tuduhan Mahathir itu sebenarnya sudah pun dijawab oleh Menteri Luar Saudi, Adel al Jubeir pada 6 Februari 2016, beliau mengesahkan wang RM2.6 billion adalah dari Arab Saudi dan bukanlah dari 1MDB seperti yang dituduh Mahathir.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi, sejumlah RM2.03 billion telah pun dipulangkan kembali ke Arab Saudi. Semua tuduhan menyatakan wang RM2.6 billion itu adalah duit yang dicuri dari 1MDB adalah tidak benar.

26 Februari 2017, Mahathir merapu lagi. Mahathir berkata kononnya delegasi Raja Salman yang datang ke Malaysia bukan kerana persahabatan.

Tiada pun dalam jadual Raja Salman mahu berjumpa dengan Mahathir dan Mahathir pun takut berjumpa dengan Raja Salman. Oleh kerana persahabatanlah, Raja Salman begitu mesra dengan Najib. Gambar selfie antara Raja Salman dan Najib menceritakan kemesraan itu.

Kini, imej Mahathir di depan mata orang ramai semakin terhakis. Rakyat mula melihat ketakutan sebenar Mahathir untuk berdepan dengan Raja Salman dan bertanyakan secara terbuka perihal wang derma RM2.6 bilion itu.

Ketika lawatan rasmi baginda, bukan sahaja Mahathir, ramai individu yang sebelum ini menuduh bahawa derma dari Arab Saudi itu satu pembohongan terus berdiam diri dan tidak berani bertanyakan perkara berkenaan kepada pihak Arab Saudi.

Nyata, Dr Mahathir sebagai Pengerusi PPBM gagal apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada kenyataannya sendiri berkaitan derma RM2.6 bilion sebaliknya terus mengkritik kehadiran Raja Salman ke Malaysia.

Sudah sudahlah Mahathir. Raja Arab Saudi lebih sayang Najib berbanding Mahathir. Kuota haji bertambah dengan persahabatan baik ini. Mahathir hanya mampu mengata jemaah haji 1MDB sebagai tak mabrur itu sahaja.

Kritikan Mahathir itu tidak membawa apa apa manfaat pada jemaah haji. Mahathir sudah tidak rasional. Apa sahaja yang baik sudah dipolitikkannya semata mata untuk merampas kuasa.

Tulisan :
Beruang Biru
BB306, Rabu
1 Mac 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget