Satu sistem insurans untuk kebajikan pekerja iaitu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk 6.5 juta orang pekerja di negara ini dalam sektor swasta.
Golongan pekerja merupakan golongan yang banyak dibantu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, selaras dengan itu satu undang-undang baru sedang digubal dan akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun depan.
SIP dijangka akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018 dan bayaran faedah akan dibuat mulai 1 Januari tahun berikutnya.
Tujuan skim ini ialah untuk kerajaan membantu kumpulan pekerja yang kehilangan pekerjaan, mendapat bantuan kewangan sementara mencari pekerjaan baru sebagai ganti.
"Pelaksanaan SIP akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan, dana SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Kerajaan percaya inisiatif pelaksanaan SIP ini merupakan satu dasar jangka panjang yang akan memberi impak positif khususnya kepada golongan pekerja dan majikan.
"Pengalaman negara lain juga menunjukkan SIP bertindak sebagai penstabil ekonomi dan membantu mengekalkan aktiviti ekonomi secara mampan khususnya semasa kegawatan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan.
Bukan itu sahaja, individu yang sudah berhenti kerja akan mendapat bantuan saraan sementara dan mencari pekerjaan baru melalui program perkhidmatan merangkumi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.
Pekerja yang kehilangan kerja akan diberikan juga latihan semula atau peningkatan kemahiran bagi mempertingkatkan kemahiran mereka.
"SIP akan menambah baik kecekapan pasaran buruh melalui pemadanan penawaran dan permintaan yang lebih efisien.
"SIP juga akan meningkatkan produktiviti dan daya saing industri," kata Najib.
Ini bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari ruang untuk membantu rakyat bukannya berpolitik sepanjang masa mencari jalan untuk menjatuhkan parti lawan seperti yang dilakukan pembangkang.
Sejak merdeka, termasuk 22 tahun dibawah pentadbiran seorang Perdana Menteri yang kononnya 'terhebat', inilah kali pertama rakyat yang dibuang kerja mendapat pembelaan terus dari kerajaan.
Masih ada lagi yang mahu percaya cakap orang mabuk dan mahu menulis esei? Lupakan sahajalah. Kebaikan tidak boleh ditutup dengan hadiah duit. Berterima kasihlah pada yang memberi.
Tulisan :
Beruang Biru
BB344
24 Mac 2017
Post a Comment
testing