Pembangkang Tidak Boleh Buat Simbol Sama Kerana Asas Perjuangan Berbeza

Cadangan Mahathir meminta Pakatan Harapan bekerjasama dengan partinya dan membuat sebuah simbol serta nama yang sama mirip Barisan Nasional dianggap lakonan peringkat awal menjelang PRU14 semata mata.

Ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas siri-siri pembohongan dan tipu helah pembangkang menjelang PRU13 lalu tidak menjadi, kini semakin menghampiri PRU14 pembangkang mula kembali dengan modus operandi yang sama. Kembali mencipta harapan dan membuat persepsi kepada rakyat.

"Jangan terpengaruh dengan tuntutan kononnya jika UMNO dan Barisan Nasional kalah, keadaan akan menjadi lebih baik, sedangkan pembangkang hari ini sendiri tidak sekata dalam banyak perkara.

"Mereka buat simbol dan manifesto yang hampir sama tetapi bagaimana boleh berjaya jika asas perjuangan pun tidak selaras, saya tidak percaya ia boleh dilakukan dan ini mungkin hanya lakonan peringkat awal bertujuan menjatuhkan BN dan UMNO" kata Dato Seri Najib ketika merasmikan mesyuarat kelompok UMNO Bahagian Pekan.

Sekarang ini, dalam Pakatan Harapan terdapat tiga parti utama yang besar. DAP, PKR dan PAN.

Selepas Mahathir "bercium mulut" dengan Lim Kit Siang, parti bunga dilihat hanyalah melukut di tepi roket sahaja. Tidak lebih dari itu.

Mereka tidak mampu pun membuat logo yang sama bukan kerana tiada dana, tetapi kerana mereka 'tidur satu bantal, tetapi sedang dilamun mimpi yang berlainan'.

Mahathir siang malam bermimpi mahu anaknya jadi PM. Wan Azizah pun siang malam pasang angan angan Anwar jadi PM. Kit Siang pun sama juga, menyatakan tidak salah kalau angan angan hendak jadi PM.

Sebab itulah sampai ke hari ini, satu nama pun tidak boleh disebut. Siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan? Agenda parti mereka pula bercanggah antara satu sama lain.

DAP sejak 1966 lagi sehingga ke hari ini masih mengekalkan perjuangannya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular. DAP juga mahu mewujudkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

PKR pula hanya satu perjuangannya iaitu mahu membebaskan dan melantik peliwat bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak kira apa pun cara, Anwar bagi mereka adalah individu yang paling layak.

PAN pula sebuah parti suruhan DAP sahaja. Kerjanya sekarang adalah menjadi klon pada PAS. Kutuk PAS dan curi ahli PAS. Itulah kerja PAN. Melaksanakan apa sahaja yang disuruh DAP.

Manakala PPBM pula jelas hanya mahukan Timbalan Presiden partinya diangkat sebagai mewarisi jawatan yang pernah disandang Mahathir iaitu Perdana Menteri.

Tanpa sedar, Mahathir telah mempergunakan keseluruhan pemimpin dan ahli PPBM untuk melonjakkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Melonjak Timbalan parti bukannya Presiden parti.

Cadangan satu simbol pembangkang ini benar-benar tidak akan menjadi. Hanya akan tinggal harapan sahajalah. Sama seperti Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat yang telah berkubur tanpa logo dan perlembagaan parti yang sama.

Satu nama calon PM tidak boleh disebut, satu simbol parti tidak boleh direalisasikan, perlembagaan Pakatan Harapan pun tidak boleh dibuat.

Ini bukti pakatan pembangkang sebenarnya tidak pun berpakat. Mereka hanya berpakat hendak rampas kuasa sahaja. Lepas rampas, masing masing akan menyamun harta antara satu sama lain.

Keadaan akan jadi lebih buruk jika rakyat tersilap buat pilihan. Pembangkang sebegini bahaya, jangan digadai nasib bangsa pada pakatan semacam ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB334, Isnin
20 Mac 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget