Tanah Runtuh, Satu Lagi Malapetaka Angkara DAP


Bukan sekali dua, sebaliknya sudah berpuluh kali teguran diberikan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai risiko bencana akibat pembangunan di lereng bukit. Namun kesudahannya, kerajaan DAP di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menutup telinga.

Akhirnya apa yang dibimbangi telah berlaku. Tragedi tanah runtuh berlaku di tapak projek Tanjung Bungah hingga menimbus 20 orang dan mengorbankan 11 nyawa.

Jabatan Alam Sekitar sudah menolak kelulusan projek ini. Jadi siapa yang meluuskan projek ini. Difahamkan, projek ini dapat pada kroni Guan Eng. Patutlah Zairil sibuk sangat main telefon di tapak projek.

Sebenarnya, aduan mengenai risiko berkenaan sudah acap kali disuarakan, bukan sahaja di kalangan pakar malah badan bukan kerajaan (NGO) turut menyuarakannya. Mereka melahirkan kebimbangan itu kerana sebelum ini pun sudah banyak kali banjir kilat melanda negeri berkenaan.

Sebelum ini, jurucakap Penang Forum, Dr. Lim Mah Hui memaklumkan kes risiko bencana akibat pembangunan di lereng bukit telah diketengahkan pihaknya menerusi inisiatif ‘Penang Hills Watch’ yang memantau aktiviti penggondolan bukit di negeri itu.

Pihaknya telah menghantar laporan mengenai kerja-kerja di lereng bukit itu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Mei lalu namun tiada sebarang jawapan atau maklum balas diberikan.

Lebih malang, kata Mah apabila garis panduan berkenaan pembangunan di lereng bukit sudah digazetkan tetapi tidak dipatuhi.

Dan semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pula mendedahkan tiga lagi projek pembinaan dalam bentuk bangunan puluhan tingkat sedang dilaksanakan di Tanjung Bungah dan ia berisiko dilanda tanah runtuh.

Sebagai seorang Adun di kawasan berkenaan, Teh pastinya tahu mengenai bahaya yang menimpa hingga sanggup mengkritik projek pembangunan itu, namun suara beliau tidak didengari.

Malah kerajaan negeri seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada bencana banjir yang kerap melanda Pulau Pinang dan meluluskan banyak kerja-kerja penebangan pokok serta penarahan bukit sepanjang jalan untuk pelbagai projek pembangunan.

Sepatutnya, kerajaan negeri mengambil langkah menanam lebih banyak pokok untuk mencegah hakisan dan larian air permukaan, bukannya dengan meluluskan projek pembangunan di lereng bukit.

Sampai bila penduduk di Pulau Pinang perlu mengalami mimpi buruk ini? Dulu banjir, kini masalah tanah runtuh pula.

Isu banjir juga masih membelengu penduduk. Mengikut laporan media, sebanyak 23 kejadian banjir kilat berlaku di seluruh Pulau Pinang bagi tempoh 2015 hingga September lepas.

Sedangkan sejak 2006, kerajaan persekutuan telah melaburkan sejumlah RM2.5 bilion ringgit untuk pelbagai projek, termasuk 29 projek besar untuk mitigasi banjir di negeri tersebut.

Hakikatnya, sejak peralihan kuasa pada 2008, DAP hanya menaburkan janji-janji kosong. Seperti biasa apabila berlaku banjir kilat dan tanah runtuh ini, Guan Eng akan menyalahkan cuaca.

Kilang haram ada 7 orang terbunuh, banjir kilat lepas ada seorang mati dan kini tanah runtuh ada 11 orang meninggal dunia. Sudah 19 orang mati di Pulau Pinang. Guan Eng masih main wayang dan salahkan orang lain?

Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang kena bertanggungjawab. Apa mereka mahu lihat ada lagi orang mati selepas ini? Rakyat kena ajar kerajaan DAP ini dalam PRU14. Jangan sampai ada orang mati lagi selepas ini.


Tulisan :
Beruang Biru
BB626, Isnin
23 Oktober 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget