Azmin Ali Punca Harga Barang Naik Di Selangor

Di Pulau Pinang, Guan Eng buat cerita karut kata Datuk Seri Najib yang halang kerajaan DAP di sana buat LRT. Di Selangor, Azmin kata kena tukar kerajaan pusat barulah harga barang jadi murah.

"Kita tiada kuasa di peringkat Persekutuan untuk laksana dasar membantu rakyat. Apa yang kita dapat lakukan hanyalah dari segi negeri, di luar kerajaan negeri kita tunggu pilihan raya umum akan datang," kata Azmin Ali dalam Malaysiakini pada 1 Oktober 2017.

Guan Eng dan Azmin sama sama mengarut. Banjir dan masalah kilang haram berlaku di Penang adalah salah Guan Eng dan DAP. Masalah ini pun tidak selesai, ada hati nak buat LRT.

Azmin pula "recycle" balik apa yang Rafizi pernah janji dalam dua pilihanraya yang lepas. Dulu pembangkang kata kalau harga minyak murah maka harga barang akan jadi murah.

Teori ekonomi Rafizi ini ternyata salah. Sekarang bila harga minyak secara mingguan sudah stabil, apa jadi pada harga barang? Teori ini salah. Rafizi pun dah malu cakap lagi teori ini.

Azmin pula yang ciplak teori Rafizi ini dan cakap "kalau tukar kerajaan pusat, maka harga barang akan jadi murah". Hanya buat teori bahawa kalau hapus GST maka harga barang akan jadi murah. Ini dakwaan mengarut Azmin.

Harga barang naik di Selangor kerana Azmin Ali. Ini teori yang realistik. Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah bertindak mengenakan caj 20 sen terhadap penggunaan plastik sehingga menyebabkan harga barang-barang naik secara relatif di Selangor.

Caj plastik 20 sen yang dibuat Azmin lagi membebankan rakyat berbanding naik gula 11 sen. Baca pautan ini ;

https://m.facebook.com/beruangbiru1/posts/1415992221754584

Azmin menggunakan alasan mahu jaga alam sekitar dengan mengenakan caj 20 sen ke atas penggunaan plastik supaya rakyat Selangor jangan menggunakan beg plastik.

Namun Azmin Ali gagal melihat bagaimana pembayaran 20 sen tersebut telah menyebabkan harga barang-barang naik secara mendadak memandangkan jumlah yang agak besar terpaksa dibayar oleh pengguna apabila mereka membuat pembelian yang banyak ketika membeli belah di Giant, Tesco, AEON, Speedmart, 7 Eleven dan semua kedai di Selangor.

Ironinya Azmin menegaskan bahawa pelaksanaan caj itu disokong oleh rakyat Selangor berdasarkan hasil tinjauan melibatkan 80 orang responden yang dijalankan oleh pihaknya sebelum ini. Adakah 80 orang responden tersebut mewakili keseluruhan rakyat Selangor? Alasan Azmin tersebut memang tidak masuk akal.

Jika Kerajaan Selangor benar-benar mahu memelihara alam sekitar, mereka sepatutnya mengharamkan terus penggunaan beg plastik, bukannya mengenakan caj 20 sen kepada pengguna bagi setiap beg itu.

Keputusan Azmin tersebut turut dilihat bertentangan dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan negara bebas beg plastik dan sampah. Kerajaan Persekutuan membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk kerja-kerja pembersihan seperti kutipan sampah dan sisa pepejal.

Sepatutnya, kerajaan Selangor mencontohi bagaimana Melaka menguruskan isu beg plastik. Mereka mengharamkan terus penggunaan beg plastik. Dengan cara tersebut maka pengguna tidak dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang berpunca daripada caj 20 sen tambahan ke atas beg plastik.

Tambahan pula, Azmin gagal memberikan penjelasan lanjut mengenai kaedah memastikan kutipan caj 20 sen itu benar-benar digunakan oleh pihak peniaga untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memelihara alam sekitar di Selangor.

Dengan kata lain, Azmin hanya menjaga kebajikan peniaga dan mengabaikan hak pengguna dengan menaikkan kos barang melalui caj 20 sen beg plastik.

Mana pergi semua duit plastik 20 sen ini? Siapa pembekal plastik terbesar di Selangor? Dia lah yang dapat untung. Kalau rakyat Selangor tidak mahu lagi plastik 20 sen ini, jangan pilih Pakatan Rakyat lagi di Selangor.

Azmin baru baru ini cakap mahu masjid cari duit sendiri macam masjid masjid di India. Mengapa hendak sekat peruntukan untuk masjid?

Tadi pun di sebuah kuarters masjid diroboh di Subang. Kenapa sampai jadi begitu sekali? Oktoberfest diberi kelonggaran, kuarters masjid tidak pula ada budi bicaranya.

Inilah kerajaan Azmin Ali di Selangor. Harga barang pun naik, masjid mahu disekat peruntukan, kuarters masjid pula diroboh. Seriklah orang Selangor, jangan lagi beri undi pada PKR, DAP dan sekutunya di Selangor.


Tulisan :
Beruang Biru
BB600, Rabu
4 Oktober 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget