Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan balasan meletakkan Mukhriz di tempat yang selamat untuk bertanding dalam PRU14 nanti.
RM750 juta sudah pun dibayar dan baki lagi RM250 juta akan diselesaikan bila Mukhriz sudah “confirm” kerusi mana yang dia hendak tandingi pada PRU14.
Bermakna apa yang Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP dedah sebelum ini tentang perjanjian sulit antara Mahathir dengan Kit Siang adalah benar benar berlaku.
Dalam perjanjian sulit yang didedah oleh Tunku Aziz itu, Kit Siang sudah berjanji dengan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai PM dan DAP mengambil jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Siap beri derma lagi kepada DAP untuk mendapatkan jawatan. Memang Mahathir sah betul betul dipergunakan oleh DAP. Mahathir tersungkur sepenuhnya di kaki DAP, seperti mana yang diulas oleh Malaysiakini semalam.
Bukan sahaja beri derma, Mahathir siap datang mengemis lagi di pejabat DAP pada 2 Oktober lepas. Kalau seseorang itu kuat, dia tidak pergi ke pejabat orang lain. Pihak yang tidak kuat akan diminta datang menyembahnya di tempatnya. Itulah hukum alam sejak dulu lagi. Yang lemah akan tunduk dan melutut pada yang kuat
Mahathir datang melutut ke Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, buat pertama kali dalam sejarah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebelum ini, pada tahun lepas, 4 Disember 2016, Mahathir hadir ke Konvensyen DAP dan duduk dikapit oleh Kit Siang, Pengerusi DAP dan Chen Man Hin, Penasihat DAP.
DAP akhirnya menunjukkan kepada semua parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan bahawa merekalah yang paling kuat dan "power" sekali. Mereka ada 37 kerusi, bukan macam PPBM yang hanya ada 1 kerusi sahaja.
PPBM kena beri derma sampai RM1 billion baru boleh dapat jawatan dalam Pakatan Harapan. Kini, DAP sudah menang. Mahathir hanyalah jadi alat DAP untuk memecah belahkan Melayu. Sesuailah dengan namanya, Parti Pemecah Belah Melayu, PPBM.
Mahathir juga tunduk kepada barisan kepimpinan DAP yang masih berstatus haram. Pemimpin DAP yang berada dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan masih berstatus haram kerana jawatan mereka masih belum diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini berlaku kerana ada penyelewengan dalam pemilihan parti DAP bertarikh 29 September 2013.
Ini kerana pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu adalah tidak sah di sisi undang-undang. Pemimpin DAP yang sekarang memimpin parti adalah haram dan mereka juga ingkar arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula pada 7 Julai yang lalu. Sampai sekarang petanda untuk diadakan pemilihan baru masih tidak kedengaran lagi.
Pemilihan parti yang wajib dibuat, DAP tidak mahu buat. Oktoberfest dan pesta arak pula yang DAP sibuk sibuk hendak adakan. Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Tony Pua dan Teresa Kok sibuk mahu mengadakan pesta arak besar-besaran di negara ini tetapi mengenepikan arahan ROS untuk diadakan pemilihan baru.
Golongan pemimpin berstatus haram inilah yang Mahathir tunduk sekarang sampai terpaksa melutut di pejabat DAP. Apa strategi DAP ajak Melayu datang pejabatnya? Supaya boleh tunjuk pada Melayu yang lain bahawa DAP bukan lagi parti yang rasis. Mahathir pun dah bersihkan DAP sebagai parti yang rasis.
Mahathir hanya mahu dijadikan alat oleh DAP untuk dapat undi orang Melayu.
Pada 29 April 2013, Mahathir kata akan terus memanggil DAP parti rasis yang mewakili bangsa Cina malahan pada masa itu tak takut dengan gaya pemimpin DAP yang kerap mengkritiknya. Mahathir berlagak berani dan kononnya tidak takut dengan ugutan bekas Pengerusi DAP pada masa itu, Mendiang Karpal Singh yang mahu menangkapnya kerana kata Kit Siang rasis.
''Terkejut saya, sampai naik pucat muka saya bila Karpal kata mahu tangkap saya. Tangkaplah, dakwalah saya. Saya hendak kata, memang Kit Siang rasis," katanya dalam akhbar Utusan Malaysia.
Kemudian, 1 Mei tahun sama, Mahathir sekali lagi kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang amal perkauman dan rasis malahan dia menjelaskan kenapa pemimpin DAP itu dilabelkannya rasis.
"Apabila saya katakan Kit Siang rasis, pelampau perkauman sepatutnya dia jawablah, kenapa dia bukan pelampau, sebaliknya dia suruh kawan dia Karpal Singh bagi surat kepada saya minta saya tarik balik dakwaan bahawa Kit Siang adalah rasis.
"Tujuannya tuan-tuan adalah supaya saya berasa takut, takut diheret ke mahkamah dan dengan itu saya tidak akan kata Kit Siang adalah rasis."Malam ini pun saya hendak sebut dengan suara yang selantang mungkin, bahawa Kit Siang adalah seorang rasis," kata Mahathir masa itu.
Dalam ucapan itu juga Mahathir kata, DAP tidak akan berjaya menutup mulut beliau yang akan terus mengkritik DAP. Dulu bukan main lagi berlagak berani dengan DAP. Namun sekarang ini Mahathir sudah takut dengan DAP.
Baru diberi jawatan jadi Pengerusi pembangkang dan masuk PH, Mahathir sekejap sahaja sudah jadi jinak dan tunduk pada DAP serta menutup mulutnya. Semua benda haram jadi amalan Mahathir. Demonstrasi jalanan haram, dan kini tunduk kepada pemimpin parti DAP yang masih berstatus haram.
Kerana kejar kuasa untuk anak dan kroninya, Mahathir sanggup buat apa sahaja. Matlamat menghalalkan cara bagi Mahathir. Tunduk pada DAP pun tidak mengapa, janji dapat kuasa.
Tulisan :
Beruang Biru
BB599, Rabu
4 Oktober 2017
Post a Comment