Maruah Mahathir Hancur Jika Minta Maaf Pada Anwar

Anak perempuan kedua Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, dilaporkan mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada bapanya  kerana menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak bermoral dan peliwat.

Nuha menyatakan apa dilakukan oleh Mahathir terhadap bapanya itu telah meninggalkan kesan yang besar kepada mereka sekeluarga. Nuha juga mahu Mahathir mengakui bahawa dakwaan terhadap bapanya itu sebagai satu rekaan.

Perkara berkenaan dilaporkan oleh portal The Malay Mail Online yang memetik Nuha sebagai berkata, Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Melihat kepada tuntutan Nuha itu, adakah anda rasa Mahathir akan memohon maaf? Sudah tentu tidak.

Jika Mahathir berbuat demikian, sudah pasti maruahnya akan hancur dan jika melakukannya, ia bukan lagi mengenai isu memohon maaf sebaliknya Mahathir perlu mengumumkan bahawa Anwar tidak pernah liwat dan kesemua itu hanya dakwaan palsu daripadanya.

Mahathir juga terpaksa mengakui bahawa tuduhan-tuduhan berkenaan hanyalah satu fitnah. Mampukah Mahathir berbuat demikian?

Walaupun Nuha yang bersuara namun boleh dikatakan ia sebenarnya mewakili keluarganya termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah. Memandangkan ibu dan kakaknya adalah ahli politik, maka agak sukar untuk mereka bersuara, maka suara Nuha lebih sesuai dalam isu ini.

Selama inipun Wan Azizah menunjukkan sikap dingin untuk bekerjasama dengan Mahathir. Deklarasi Rakyat sebagai contoh di mana Wan Azizah hanya memandang sepi malah beliau tidak hadir pada siri jelajah yang diadakan bagi mendapatkan tandatangan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhirnya Deklarasi Rakyat yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia itu tidak berjaya mendapatkan sokongan rakyat Malaysia malah lebih buruk ia dihimpit dengan kontroversi tandangan palsu.

Apa yang pasti Mahathir kini sedang memancing pemimpin pembangkang bagi mencapai matlamatnya yang `satu' iaitu menyingkirkan Najib. Mahathir tahu rancangan yang dilakukan sebelum ini telah gagal maka pilihan yang ada hanyalah berganding tangan dengan mereka.

Tetapi dalam keadaan keluarga Anwar sendiri masih berdendam dengannya, maka agak sukar untuk Mahathir mendapatkan sokongan mereka. Kita hanya perlu tunggu apa lagi `drama' yang akan dimainkan oleh Mahathir selepas ini.

Tulisan :                                                                                                                            
Beruang Biru
BB47, Khamis
15 September 2016

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget