2020

00:53



 Kekuatan Melayu tidak terletak pada keserakahan tetapi dalam budaya, moral dan integriti.


Tidak meminggirkan kemajmukan merupakan tiang yang sepatutnya di pertahan oleh seluruh lapisan masyarakat.



KUALA LUMPUR, 9 Jun ― PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik harian melonjak sehingga 15 peratus mulai esok, susulan keputusan kerajaan membuka lebih banyak sektor ekonomi dan membenarkan pergerakan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bermula 10 Jun.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, unjuran itu berdasarkan catatan jumlah trafik harian sejak 4 Mei sehingga minggu terakhir Ramadan, yang menjangkau lebih sejuta kenderaan pada hari bekerja biasa dan meningkat dengan stabil ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dengan kenaikan yang stabil sejak 1 Jun, PLUS menjangkakan jumlah trafik melonjak antara 10 hingga 15 peratus setiap hari, bermula pada minggu pertama PKPP pada 12, 13, dan 14 Jun ini. PLUS yakin berupaya mengendalikan jumlah trafik sepanjang tempoh PKPP.

“Di bawah PKPP, kebanyakan gerai makanan (termasuk tempat makan) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan beroperasi mulai 15 Jun dan pelanggan berpeluang untuk menjamu selera di R&R, sambil mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Semua perkhidmatan Food Truck akan turut beroperasi di R&R dan hentian sebelah terpilih mulai 15 Jun. Bagaimanapun, kemudahan bersolat di surau masih tidak dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman turut menyatakan sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, kadar trafik harian PLUS adalah sebanyak 1.6 juta kenderaan sehari, dan jumlah itu meningkat kepada dua juta sehari pada musim-musim perayaan.

Selain itu beliau berkata, bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, pengendali lebuh raya itu memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) sejak pelaksanaan PKP, iaitu sentiasa membersih dan menyelenggara kawasan R&R, hentian sebelah dan plaza tol.

PLUS turut menyediakan penanda jarak sosial bagi laluan menghala ke tandas awam, untuk memberi peringatan keselamatan kepada pelanggan lebuh raya termasuk peringatan mengelak aktiviti berkumpul di R&R.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang PLUS di www.plus.com.my atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. ― Bernama

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) percaya pemain profesional tempatan bersedia menerima norma baharu dalam saingan bola sepak di negara ini, termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selepas kerajaan memberi lampu hijau untuk menjalani latihan di padang terbuka dalam tempoh terdekat.

PFAM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan terbaharu kerajaan merupakan tonik besar buat keseluruhan komuniti sukan bola sepak tanah air terutamanya bagi para pemain profesional.

“Sudah semestinya, sebagai rakyat Malaysia, kita masih berada dalam ‘kerisauan’ dan ‘ketakutan’ memandangkan kita masih belum memenangi ‘perang pandemik’ ini secara mutlak.

“Namun begitu, PFAM percaya usaha keras yang digerakdayakan oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dalam merangka SOP akan senantiasa memastikan kesemua pemegang taruh bola sepak, terutamanya para pemain dan pegawai pasukan, dalam keadaan yang selamat dan terhindar daripada segala ancaman jangkitan,” jelas PFAM.

Dalam pada itu, PFAM percaya jika kerajaan membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan pada September ini ia bakal mengurangkan kerugian komersial yang telah ditanggung pasukan terlibat sejak saingan liga ditangguhkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini memaklumkan, pihak kementerian memberi lampu hijau kepada skuad kebangsaan, pasukan negeri atau kelab di bawah MFL, serta akademi bola sepak yang berdaftar untuk memulakan latihan secara tidak bersentuhan badan mengikut SOP Am Individu dan SOP Pengurusan yang ditetapkan. ― Bernama

Video

[Video][video]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget