Perlantikan Ketua Pakatan Harapan Belum Selesai, Hal Hishamuddin Pula Mereka Sibuk

Malaysia adalah negara yang “highly political”. Apa sahaja tindakan dan keputusan yang diambil akan adalah nanti ulasan politik muncul.

Kes orang hilang dan kes kemalangan jalanraya pun dikatakan ada kaitan dengan politik biarpun jelas ianya kes yang berbeza. Apa sahaja benda hendak dipolitikkan. Ini tanda pembangkang sudah kering isu. Terlalu kering dan habis modal.

Lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 billion. Bila BR1M diagih pada bulan Mac, GST sudah berusia dua tahun pada April lepas dan hutang 1MDB diselesaikan terus. Apa lagi ruang isu yang ada pada pembangkang?

Malah dalam soal RUU355, mereka bercakaran sesama sendiri. PKR buat pusingan U TURN sokong RUU355. Ini satu tamparan hebat buat DAP.

Orang politik Malaysia tidak seperti di negara lain. Sebaik sahaja habis pilihanraya Presiden , rakyat Amerika “go about” rutin harian mereka seperti biasa. Di United Kingdom, mereka yang menyesal undi Brexit pun tidak meracau memarahi kerajaan yang ada. Biarpun ada yang kesal mengundi Brexit.

Hanya pembangkang di Malaysia yang pelik. Sanggup rosakkan ekonomi negara demi tujuan politik.

Di Malaysia kerana ada parti seperti DAP yang mana kepimpinan mereka ghairah beragenda melampaui batas, maka penyokong mereka terikut ikut mempolitikkan segala perkara yang ada.

Terkini, bila terlalu kering isu, perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussin sebagai Menteri Tugas Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri pun dijadikan bahan politik oleh pihak pembangkang

Pihak pembangkang telah dengan segera mentafsirkan ia seolah olah satu tindakan Datuk Seri Najib untuk mempersiapkan Hishammuddin sebagai menggantinya.

Malah salah seorang dari mereka menyatakan Datuk Seri Zahid Hamidi perlu risau akan perlantikan itu. Ini semua cerita mengarut pembangkang.

Salah seorang dari mereka pula menafsirkan Hishammuddin bakal memintas Datuk Seri Zahid Hamidi dalam hirarki UMNO.

Inilah dia pembangkang, kerana malas berbakti kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan mereka, lalu mereka sibukkan diri dengan isu isu sebegini untuk tunjuk kewujudan mereka.

Tambah lagi , kerajaan Barisan Nasional amat efektif dalam kerja membela rakyat lalu mereka hanya perlu goyang kaki sahaja.

Sebenarnya, perlantikan ini adalah amalan biasa yang pernah terjadi di zaman Tun Razak, Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan kini kerajaan Datuk Seri Najib.

Individu individu seperti "King Ghaz", Tun Daim, Effendi Norwawi dan beberapa orang lain juga pernah dilantik ke jawatan tersebut. Ia amalan biasa.

Dari segi operasi, jika Hishammuddin membantu Datuk Seri Najib dalam urusan khas yang bukan berkaitan Pertahanan , maka kos menjalankan tugas itu tidak boleh dibayar oleh Kementerian Pertahanan. Maka sebab itu perlukan satu perjawatan baru untuk tujuan tersebut di JPM.

Maka dengan perlantikan kepada portfolio ini secara rasmi, apabila Hishammuddin menjalankan kerja mewakili Perdana Menteri dalam urusan negara ia boleh diletakkan dalam peruntukan khas untuk portfolio ini dan bukan Kementerian Pertahanan.

Apa yang menarik dalam isu perlantikan Hishammuddin ini adalah tabiat ahli pembangkang yang terlebih sudu dari kuah.

Dalam mereka sentiasa sibuk jaga tepi kain orang dengan hal kepimpinan Barisan Nasional, mereka terlupa bahawa kain yang mereka sendiri pakai terkoyak besar.

Pakatan Harapan masih belum ada Ketua dan Timbalan Ketua sebenarnya. Yang ada sekarang adalah dua penasihat sahaja. Siapa orang No. 1 dan No. 2 dalam Pakatan Harapan?

Kenapa susah sangat hendak lantik dan pilih? Calon Perdana Menteri pun mereka masih belum gagal berikan satu nama. Sebab itulah disebutkan bahawa organisasi PH ini adalah antara yang paling pelik di dunia.

DAP yang memegang kerusi terbanyak enggan meletakkan nama Lim Kit Siang sebagai pemimpin nombor satu pembangkang kerana tidak mahu penggundi Melayu melihat DAP menguasai pembangkang.

Mahathir pula dilantik hanya sebagai maskot sahaja dalam PH, bukan ketua pun. Sebenarnya "unofficial boss" dalam PH adalah DAP. Semua keputusan tanpa DAP adalah tidak sah.

Apa pula status Ezam dan Khairuddin dengan parti PBR dalam PH? Apakah Khairuddin itu adalah Menteri Tugas Tugas Khas bagi pihak Mahathir dalam PH?

Organisasi dalam PH pun berterabur dan berselerak. Ada hati mereka hendak kacau hal rumah tangga orang lain.

Maka elok sangatlah Pakatan Harapan selesaikan dahulu masalah kepimpinan mereka. Kain sendiri terkoyak tidak nampak, sibuk hendak jaga tepi kain orang lain.

Tulisan :
Beruang Biru
BB382, Khamis
13 April 2017

Post a Comment

Video

[Video][video]
[blogger]

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget